3 of us...

3 of us...
Hubby, Baby Kauthar n Me.. :-)
Showing posts with label Sayangku Hafiizhi.... Show all posts
Showing posts with label Sayangku Hafiizhi.... Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Jalan-Jalan Ke KL..2nd Trip For 2011..: Dinner For Our 2nd Anniversary!

As-Salam...

Day 2


Yesterday, I wrote about my dinner dgn BFF kan..so today I'll write bout my dinner dgn hubby..of course not forgetting Kauthar n bb inside..sempena our 2nd anniv yg tertunda pd 9 Mac lepas.. :-) Where? It was at Tony Roma's, The Garden..kami pilih menu western since last year kami dah pilih menu Thai kat Restoran Payang Serai di Waterfront KT..plus, dinner dgn BFF pun dah makan kat Thai Xpress..

Asalnya, kami bercadang makan di Victoria Station utk sambutan kali ni..tapi bila cek dgn lawan web JAKIM then tanya dgn my BFF nih, mmg x confident nak mkn kat sana..huhuhu..sempat lalu ajer depan VS tu. Takpelah yg penting biar halal dan tak menimbulkan syubhah kan? So, these are some pics utk tatapan..maklumlah, kat area KT ni mmg ada kedai jual western food dan antaranya Saujana Steak House yg mengadap Sec Recipe tu..boleh tahan jugak. Tapi alang2 kami dah bercuti kat sini, kita try pilihan yg ada..so Tony Roma's nyer turn this time..

Starter for kids..yg pasti Kauthar x mkn..hehehe 
(lemon kat blakang tu aku nyerfrom  ice lemon tea..tumpang letak situ sbb nak memudahkan Kauthar minum..kalau x, asik nak pegang lemon aje kerja dia..)

Yg ni fish n chips special order utk Kauthar..hehe..sekali sekala khusus utk princess kami nih..mmg sedap, sampai mak dia pun join skali.. ;-)

Fried shrimp yg digabung dgn mayonese dan sayuran..garing giler, pergh best! Asalnya diletakkan food ni dalam gelas kon saiz besar, mmg menarik tp en hubby pergi alih letak dlm plate ni.. mmg sedap!

Model p'puan sedang makan dgn bergaya..model kecik sbg sampingan gambar.. dan model lelaki x dibenarkan letak gambar dlm post ni sbb mulut nganga luas sgt masa mkn! ;-p

Ini aku punya menu..aku lupa nama apa, rasanya Mojo Chicken kot.. (teringat aku kat Mojo dlm Transformers!) nasi yg rasa mcm nasi ayam dimakan dgn ayam panggang..pilihan tepat utk aku..tp byk sgt sampai x leh nak abis..huhuhu namun kombinasi dgn brokoli ni sgt sempurna! Chewah!

Ini hubby nyer choice..mmg aku x ingat nama apa..yg ada, daging BBQ dgn nasi yg rasanya sama dgn mine nyer..banyak juga sampai hubby pun x abis makan..coleslow pun ada... :-)

Air nenas..hubby nyer..

My ice lemon tea yg gelasnya..mak aih..besar gedabak! Yg pasti, sbb biasa share dgn Kauthar so saiz ni mampu memenuhi keperluan kami berdua..best!

Budak kecik ini makan dgn penuh ketekunan..dan bantal froggy sentiasa menjadi teman..nampak mata froggy kat belakang tu? hihihihi.. ;-p

And last sekali....

Wallawehhh...! Kauthar punya dessert tp biasalah, ummi dia yg mamam..ini free utk kids, ada 2 lg option puding dgn muffin kalau x silap..tapi mestilah ummi dia pilih yg ini!

Mari kita lihat close-up nya..

Mmg sedap..tp still x abes sbb kenyang sangat...

Inilah makanan yg berjaya masuk ke perut namun x berjaya kami habiskan krn saiz hidangannya aku rasa bukan milik org Malaysia..ini haruslah saiz hidangan org2 putih di negara asal mereka..sekali sekala mencuba rasanya OK, tapi kalau jadi menu harian aku rasa kenot go lah! So, agak2, mcmana aku nak sambung blaja kat o-sea nanti? Nak kena masak hari2 ker? Hohohohoho!

Apapun, dinner kami sempena ulangtahun ke-2 kami ni dah mencapai sasaran..food, itu sampingan sebab itu yg dapat dihighlightkan dgn bukti kukuh melalui gambar2 di atas, juga sbg kenangan.. Yg penting, ia diraikan dgn penuh kasih sayang bagi mengeratkan hubungan kami suami isteri..

"Tidak pernah sentiasa langit itu cerah, kerna ada ketika ia dibasahi hujan yg kadangkala lebat dan ada jua kalanya renyai...namun, untuk mendapatkan indahnya si pelangi, haruslah ada sedikit ribut atau guruh yg berdentuman..itu semua ciptaan indah Tuhan buat hambaNya yg berfikir jua mengambil iktibar.."

Semoga Allah SWT memberkati rumahtangga kami ini dibawah naungan sayang dan rahmatNya..semoga dipermudahkan segala urusan kami dan dipermurahkan rezeki kami sekeluarga..kurniakanlah kami hati yg ikhlas, sabar dan redha dgn segala ketentuanMu..jadikanlah kami org2 yg sentiasa berusaha ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran..sayangilah kami, Allah SWT dan Rasulullah SAW..amin ya rabbal'alamin..

Semoga sempat kami menyambut ulangtahun yg ketiga dan seterusnya..insyaAllah..Ahmad Hafiizhi..saya cinta kamu.. wassalam.. :-)

Thursday, October 7, 2010

Sajak..Secangkir Madu Kasih..

Salam..hye semua...seperti yang dinyatakan dalam post sebelum ni, now I'll let u all read this poem which 1 of I love most! Sebelum itu..Sekarang, sesudah bergelar isteri, semestinya sajak ini I dedicate it to my beloved hubby Ahmad Hafiizhi Alilah..

Dan, sekadar berkongsi rasa...Sungguh, dalam melayari sebuah bahtera pernikahan..mendirikan mungkin sukar bagi sesetengah orang dan ada juga sebaliknya..tapi percayalah bagi semua yang melaluinya, untuk mengekalkan kerukunan itu, ia lebih sukar..cabaran dan ujian akan datang dan pergi bila-bila  masa sahaja..bermakna, setiap saat dan waktu kita perlu berkerja dan berusaha untuk menghadapinya agar setiap ujian itu dapat diatasi..bukan itu sahaja, jadikan pula ia sebagai panduan bagi menghadapi cabaran-cabaran yang lebih besar di masa akan datang..namun ini semua ketentuanNya dan cubalah hadapi dengan penuh kesabaran dan akal tenang..* Tips: kamu tidakkan pernah tahu dan fahami situasi ini sehingggalah kamu sendiri yang melaluinya...Kepada yang masih single, jangan takut untuk mendirikan masjid..kerana berdua itu lebih baik!

SECANGKIR MADU KASIH...

Kasih...
Secangkir madu kuhimpun untukmu
Tetap tenang di danau hatiku...
Dihiasi indah kuntuman bunga-bunga cintaku
Dengan kicauan burung yang berlagu rindu

Kasih...
Cinta mungkin datang dan pergi
Namun...
Biarkan ia menjelma sendiri
Makin dinanti, mungkin jauh ia pergi
Sabar di sini, seperti dekat di sisi...

Kasih...
Biar sang unggas senda berlagu
Pada diriku yang setia padamu
Sampai waktu cintakan bertamu
Menghias indah di kehidupan aku dan kamu
Usah putus harap, padaNya YANG SATU...
Tanpa kita jemu, usah kita keliru...

Kasih...
Tika waktu deras berlalu, bak air menderu
Walau musim silih berganti
Datang dan pergi...
Seperti camar yang terbang tinggi lantas kembali
Untuk sekian kali...namun...
Takkan pernah mengubah rasa
Takkan menghakis pudar warna

Kasih...
Walau sang semut telah terhidu
Meski sang lebah berlegar disekelilingku
Tarian indah dari si kupu-kupu
Namun tiada kesempatan untuk semua itu...
Kerna maduku hanya untukmu...

Kasih...
Cangkir maduku hanya satu, tidak beribu
Jika itu kau tanyakan padaku...
Niatku tulus buatmu...
Kerna itu yang kutahu dan tetap itu yang aku mahu
Kerna cintaku hanyalah satu
Dan yang satu itulah aku persembahkan buatmu

Kasih...
Biarlah niat cinta
Untuk YANG ESA...
Kerna secangkir maduku adalah dariNYA
Dengan IZIN..tak akan pernah tersisa...

Madu Untuk Kekasih...Mba Nujul
7.51 am - 30 November '03... Bakau Tinggi.


Thursday, August 19, 2010

Mencintaimu.. (dedicated to my Hafiizhi..)

Mencintaimu,
Sungguh dan benar dari hatiku yang terdalam

Mencintaimu,
Bukan sekadar engkau suami dan aku isteri
Namun ia lebih dari itu
Aku amanahmu dan engkau amanahku
Amanah itu datangnya dari tuntutan Khaliq Yang Esa..

Mencintaimu
Tidak bermakna jika aku hanya menurut
Juga tidak bermakna jika engkau cuma mengikut..
Cinta mungkinkan meluka
Tapi cinta itu jualah
Membangkitkan kita tuk jalani hidup

Sayang,
Tidak aku mencintaimu hanya kerna dirimu semata
Tapi kerna cintaku padaNYA
Yang mentakdirkan kita bersama
Jalani hidup sebagai umat jua khalifahNYA...

Cintailah aku jua
Bukan kerna siapa, tapi
Kerna..DIA..


Sayang sama kamu...
~ 8 Ramadhan 1431H @ 19 Ogos 1431H..10.30pm ~