3 of us...

3 of us...
Hubby, Baby Kauthar n Me.. :-)
Showing posts with label Sayang Umi..Nabila Kauthar... Show all posts
Showing posts with label Sayang Umi..Nabila Kauthar... Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Poor Kauthar..

Salam dearie all..

Actually, I dun want to write bout this, but my hearts says I must! Let's read..

Pada hari Jumaat malam Sabtu bersamaan 6 Mei..sewaktu hubby sedang mengemas..suddenly satu bunyi bising kedengaran..bila aku toleh belakang..(jangan pandang belakang heh!)

Frame yg ada pixies Kauthar dah jatuh lalu pecah.. 
(frame ni dah diletakkan dlm tray utk tujuan keselamatan..nanti anta kedai utk repair)

Dan hati seorang ibu mula rasa x sedap..petanda apakah ini? Aku x citer pd hubby..cuma, aku ni dah terbiasa dgn tabiat Papa ku yg sangat alert dgn 'hint-hint' nih..sbg contoh, kalau ada org offer food kat dia, dia mesti ambil walau secubit sbb dia tanak kempunan..so apa jadi bila kempunan? Luka! Aku dah byk kali alami pgalamn mcm ni..so sbb Papa selalu advicekan aku supaya patuhi petua dia tu..so sampaila skrg aku terikut..  Tapi aku belajar supaya x jadikan kepercayaan bimbang terpesong akidah.. Ayah pada Papa ku ini a.ka. To' Ki seorang yg dikira ala-ala bomoh..pandai mengubat orang, so agaknya dari situ dia terikut..

Sambung cerita, dalam hati aku berdoa banyak2 agar ini bukan petanda yg tidak baik..keesokannya..

Sewaktu kami baru separuh jalan menikmati lunch kat Kedai Yah Binjai..Kauthar yg mmg dah biasa duduk atas kerusi seorang diri (usually atas baby chair, tp kat kedai tu xde)..tiba2 entah mcmana dlm sekelip mata dia yg tgh berdiri atas kerusi plastik kat kedai tu terjatuh / tersembam ke lantai simen kedai tu..aku yg baru suku nasi habis (lambat sikit sbb suap dia mkn sama) cepat2 angkat dia dan bila aku pusingkan dia ke arah aku..Ya Allah..bibir dia berdarah dan mulut bertakung darah..hidung diapun berdarah sebelah kanan.. Aku mula rasa nak nangis dan hubby pun cepat2 ke sink diekori aku yg dukung Kauthar..hubby basuh mulut Kauthar dlm 3 kali jugak utk buangkan darah yg bertakung tu..baju yg dipakai kami bertiga mmg kena darah Kauthar.. Ya Allah, selamatkanlah anak kami..

Aku tak tau datang dari mana kekuatan, aku istighfar banyak2 dan tahan air mata..apa yg aku fikir time tu, kalau aku turut sama nangis, hubby sure lagi tension so aku mesti tahan, aku mesti kuat! Lepas bayar dan masuk keta, aku terus pujuk Kauthar dan gurau2 dgn dia sambil selawat seperti biasa..aku pun tanak Kauthar jadi lagi panik kalau2 aku ubah style cara komunikasi kami selama ni..

Alhamdulillah, dia berenti menangis dan mula bcakap bahasa dia..bila ke klinik sbb dah thari (lunch hour), klinik pulak tutup..so kami transit dulu di rumah pengasuhnya utk bersihkan lagi darah dan luka..Namun, sbb cuaca tengahari so mmg darah banyak yg keluar tak henti..Kauthar pun, dia nampak letih dan nak tidur tapi tiba2 meraung agaknya rasa berdenyut..mcm tulah ulang2 2,3 kali hingga kul 2 kami terus ke klinik.. Doc bagi ubat oral aid (titik atas bibir 3 kali sehari) dan ubat demam urat..alhamdulillah, walau Kauthar tidur agak lama selepas tu dan hanya bangun time maghrib, dia nampak aktif mcm biasa..

Cuma yg aku rasa terharu..yes, my baby rupanya seorang yg sangat tabah..dah beberapa kali aku tgok dia ni jenis lasak dan payah nangis..kali ni, kami berpendapat dia x kan mampu hisap susu sbb bibir dah luka/pecah akibat terkacip gigi atas..Doc pun kata dia akan kena ulser dlm sehari dua.. Alhamdulillah, dia gagahkan jugak habiskan baki susu dan tambah lagi sebotol yg baru walau ambil masa yg lebih lama dan sehingga pagi tadi, darah masih ada kat puting botol tu.. Kadang aku rasa nak nangis tapi tabahkan hati.. Ahad mlm Isnin, kami dah bawa dia pergi berurut di Marang and again, dia sangat tough..tahan jer diurut walau ada sekali tu dia menjerit sbb sakit tapi sekejap je then dia ceria balik..siap suruh bukakan stokin utk urut lagi..air tawar pun dah beri minum..alhamdulillah..


Suka sangat duduk dalam bakul, dalam kotak atau atas dulang.. :-)

Tengok tu..happy ngat dok dlm bakul baju.. ;-)

Dah pandai panjat dan duduk sendiri dlm kerusi comel / rocker yg diguna sejak umur 2 bulan..

InsyaAllah, Khamis-Sabtu ni aku kursus kat Kuantan dan kami dah buat appointment utk jumpa pakar kanak2 di KMC.. lagipun dia dah jatuh few times sejak dia dapat bjalan ni..Harapan seorang ibu, moga Kauthar sentiasa dipelihara Allah SWT dan diringankan beban dan kesakitan yg ditanggung. Moga tiada kesan jangka panjang ke atasmu sayang ummi.. Love u so much Ila yayang... Wassalam...  

Wednesday, May 4, 2011

Jalan-Jalan Ke KL..2nd Trip For 2011..: Kauthar's Harness!

Salam dearie semua..sambung sikit lg ttg trip to KL..entry kali ni, all about Kauthar!

Day 2 & 3 ( At Midvalley and KLCC )


Actually, on 27th March (Sunday), our lil princess, Nabila Kauthar dah mula berjalan or orang ganu kata 'dapat kaki'..mula2 dia agak tatot2 dan teragak2..poor my baby, dlm masa 1 hari dia jatuh 2 kali dan berbonjol di tempat yg sama dan dalam tempoh hari itu hingga hari ketiga dia jatuh lg di tempat yg sama..biru dan sgt menghibakan hati seorang ibu... :-(

Sekarang? Skill dia dah meningkat..berlari 'moteng' kata org ganu lagi dan mmg bila dah boleh kaki ni agak meletihkan..tambah lagi I'm preggie so mmg la sgt terasa..cuma, bila tgok how comel dia bjalan terkedek2 tu rasa terhibur sgt.. :-)

Okeh..back to the topic, memandangkan kami dah plan lama utk ke KL dan kami tahu keadaan manusia yg maha ramai di shopping complex..PLUS, bila baca blog Linda pasal kejadian di Dataran Pahlawan Mall tu..(kalian boleh baca blog Linda yg aku follow tu : Tales from an eccentric mom.. ) SERAM! Tambah lagi Kauthar ni jenis senang nak gi dgn orang..even strangers..so, kami suami isteri dah sepakat nak belikan dia harness atau Linda kata leash tu.. :-)

Dgn izin Linda..jgn marah, aku copy skit ayat mung  dari entry B Aware Of Your Kids At All Time! A heart stopping xperience in Dataran Pahlawan Mall   yg menyentap tangkai jantung aku..sorry, x pandai nak cut short link..huhuhu

http://xcentricmommy.blogspot.com/search?updated-max=2011-04-15T12%3A43%3A00%2B08%3A00&max-results=7


" Because when your 2 kids start running opposite ways in a crowded mall, I do not want to be stuck in a predicament of which one do I go after 1st.... which one should I save first?


IT IS THE HARDEST DAMNEST DECISION FOR A MOM TO MAKE IN A SPLIT SECOND.



Now after this, dun u dare ask me "isyk, kesian la... anak2 ko pakai leash plak" unless you want me to tell you, "Mind your own kids!" in an angry manner. Dah kasi amaran awal2 ya..... "

So, ini some gambo2 yg menunjukkan Kauthar dipakaikan harness tu..yes! mmg sgt membantu sbb dia pun makin aktif @ buas..kalau x pakai ni mmg x tau dia kemana2 dah.. Mmg, ada mata yg memandang dgn kehairanan, ada yg berbisik dan ada yg dtg dekat sambil kata 'ala comeynye dia dgn koala dia nih.." (of course yg pertama tu aku x kisah, tp yg berbisik tu aku rasa x selesa gak dan yg ke3 tu..aku suka!) tp yg ke2 tu pedulikan..anak aku, mana nak cari ganti..kan?

Masa main kat ToysRus Mid Valley..

Masa jadi gadis Mexico jap.. ;-)

Masa dalam rumah di sebuah hutan..kononnya..(still @ ToysRus)

Masa window shopping dgn papa @ KLCC..sbb ummi tukang snap gambo..

Time berlari nak masuk lif..kalau xde harness ni mmg aku tatau apa jadi..laju woo anak aku lari..

Yg ni..kat Giant KT! Ahah, mencelah skali..mmg kat KT lagilah ramai mata memandang beb! Hahaha...


So frens..apa pendapat korang? Kelakar ke? Mmg..comel pun ada kan? Tp itulah, prevention is better than cure..anak, mana nak cari ganti kalau ilang..harness tu walau mahal sikit tp berbaloi..(price RM79.90 dan boleh didapati di Xiri Kiddy House, KT dgn pelbagai pilihan warna dan haiwan..ceh promote pulak!) Ada pelbagai jenis harness ni sebenarnya..tapi sebab x nak nampakkan sgt seolah2 kita kontrol mcm haiwan (sorry, kasar kit bunyinya), so bila ada option yg lebih comel (mcm yg Kauthar pakai ni ada koala), so kami pilih yg ni..dia pun suka sgt..asik peluk ajer.. dan kebaikannya utk aku, boleh dijadikan alas lengan masa pangku Kauthar time nak isap susu @ tido dlm keta..

Jadi, selamat ber'harness' pahni utk ibu2 yg suka bawa anak jalan2 + anak yg dah mula pandai jalan + anak yg dah mula kenal dan berminat dgn pelbagai barangan yg dia rasa boleh buat mainan padahal tak + anak2 yg sgt mesra alam walau dgn strangers..dan lagi, lagi dan lagi dgn sebab yg pelbagai.. ( psssttt...kat Mekah ramai pakaikan benda ni tau..erra fazira pun buat! hehehe.. )

Jadi, fikir2kan dan selamat membeli harness! Chiow..wassalam.. :-)


Tuesday, March 22, 2011

Masa Santai Untuk Kauthar..

Salam and hye semua.. :-)

Actually, di depan kuaters kami, ada sebuah playground yg baru dibina khas utk anak2 di flat taman kami bermain..memandangkan rumah kami di tkt 2 dan Kauthar dah pandai memanjat, seringlah dia mengintai dari sliding door then berbunyi2 dan tunjuk isyarat supaya bawa dia turun main sama..olololo..sian anak ummi...dgn berbadan 2 mcm ni, mmg aku x larat nak dukung dia bw turun n naik..hubby lak sgt suka kemas rumah..dah hobi dia..so x sampai atilak nak mintak hubby bw dia g main..

Alhamdulillah, pd 8 Mac baru ni, after anta my mom di epot Sultan Mahmud utk kerjakan umrah, masa balik kami berkesempatan bawak Kauthar main kat playground nih..mmg dia suka dan kami turut terhibur tgok gelagat dia yg nak main tp x reti main n harapkan papa dan ummi guide dia.. :-)



Papa temankan main 'congek-canggung'..


Fokus kepada peserta 'congek-canggung'..sayang papa n ummi!


Kauthar malu2 nak turun gelongsor..eh..papa tgok apa kat atas tu?



Iyaaa..itu dia, papa letakkan Kauthar di gelongsor..nak duduk sendiri takut2 lagi..


Aiseyyy..ni gelongsor style apa nih? Berbaring eh? ;-p


Okeh..semangat pulak dia..memanjat naik tu..(but surely dgn bantuan papa..)


Okepp..berjaya menuju puncak! :-D


Main intai2aww cak! lak dgn ummi..hihihi.. xoxoxo..!


Merayap kat gelongsor lagi..


Aik..nampak mata sapa kat situ tu?


Oh..naik motor pulak..apesal duduk gitu sayang? :-)


Okeh..mari papa betulkan seating tu sebelum nak blumba!


Gegegegegegege..suka ngat dia dapat main hari ni..tenkiu papa..cup-cup! <3 <3 <3

Okeh benbies..it's time to go home..nanti ada masa kita main lagi..! Kauthar : tata moto, tata gelongcor, tata ongek anggung..tata all..nanti Ila main turun lagiii.. :-)

"Kajian telah menunjukkan bayi dan kanak2 yg menerima byk sentuhan, pelukan, ciuman dan usapan bersesuaian akan membesar menjadi seorang yg berkeyakinan, boleh bergaul dgn baik dan berhemah serta disenangi ramai. Scr amnya, anak2 yg selalu mendapat sentuhan ibu bapa akan berasa lebih selamat dan disayangi sehinggalah tiada lg alasan utk mereka membuat alasan tidak menyenangkan.

Jika ini diletakkan di dalam konteks pembelajaran, segala sentuhan kasih sayang tersebut akan mensucikan minda mereka dpd segala perasaan negatif spt kebencian, kemarahan dan tekanan yg melampau. Ini sahaja sudah cukup utk menjadi sbb kuat mengapa kita harus bermurah hati memeluk dan mencium anak semasa menghantar mereka ke sekolah. Dgn minda yg bersih dan positif, mereka akan lebih bersedia menerima ilmu pengetahuan pada hari itu". - Zaid Mohamad, Ibu Bapa Bijak Anak Hebat-

Sekian..wassalam.. :-)


Sunday, March 13, 2011

Kauthar's 1st Haircut !

Salam to all..

Dah lama aku nak postkan entry ni tp asik tertangguh jer yer..well, since I do have another more entry to do, so let do it fast..! Meh nak citer ttg pengalaman pertama Kauthar bergunting rambut.. Sebenarnya masa dia umo 3 @ 4 bulan, kami dah bawa ke kedai di Tanjung yg sediakan servis shavekan rambut baby..harga cuma RM5 dan layanan sgt istimewa..trima kasih Kak Na iaitu tokey kedai.. (sayang, terlupa nama kedai dia..tapi dekat je dgn Maxis kalau x silap..). Ini pic masa Kauthar umo 5 bulan pas shave..


Suka sgt dgn pic ni sbb nampak dia mcm nakal sgt..mmg nakal pon! Abis bugs kat tangan dia both left n right kena isap dek my princess nih.. tgok mata dia tu! ;-p

Ok..yg ni masa dia umo 1thn 2 bln..baru je..masa Maulud Nabi baru ni @ ulangtahun ke-2 marriage kami dalam bulan Islam (alhamdulillah)..atau bulan omputihnya kita sebut 15 Feb 2011.. Masih, di kedai yg sama dgn harga yg sama.. Kauthar sgt sporting bila diletakkan atas kerusi baby dan rilex jer masa start gunting sampailah abis..kecuali last stage masa kena blow dgn angin sejuk utk tanggalkan rambut yg jatuh atas badan dia, dia jerit jap! Terkejut kot..hehehehe


1st step..letakkan bayi anda di atas kerusi dan pakaikan dgn kain merah seperti di atas di mana hasilnya dia akan senyum seperti ini..hehehe ( jika anak anda cool mcm anak sy! hahahahaha )


Tundukkan kepala baby anda dan yg penting mesti bagi dia satu barang utk dipegang bagi mengalihkan perhatiannya dari tertanya2 : "apakehell dia buat kat pale aku nih?" ( di tangan anakku itu adalah sarung tepun BB ku..huhu! )


Ummi @ u'rs truly sdg bereksperimen dgn cermin bg menghasilkan shot terbaik..mmg terbaek..haha!


Itu dia Cik Baby Kauthar @ Ila yg sedang buat mulut ikan sambil kepala dia penuh dgn sepit sana sini..surely dlm hati seorang anak firasat seorang ibu membaca spt berikut : "Sepit2 ni lg besar dari kepala Ilalah! Grrr..."


Pandangan belakang dari kepala yg sgt chumelll...mmuahh2!


Fokus seorang customer sambil gigit sarung hair blower..betul ke nama dia? Heh!


Muka busannn..masa ni sarung hp dah tercampak kat mana2 dah.. 


Itu dia tokey kecik kita yg sebenarnya dah siap dirapikan namun dirapikan sekali lagi..(final touch kali kedua oleh jurudandan ke dua merangkap tokey kedai sendiri..td anak buah dia yg buat..) --- sentuhan ikhlas dari seorang tokey kpd tokey.. :-)

Ha..itulah dia serba sedikit cerita ttg my princess yg mengalami pengalaman pertama sbg manusia lebih dewasa..dulu shavekan tak kirala kan..sbb dulu ikut sunnah.. Botakkan rambut utk hilangkan kotoran semasa lahir dan rambut yg dipotong tu ditimbang ikut kadar emas..abis juga RM400 (tapi pakai duit raya dia sendiri..hihihi) dan disedekahkan kpd 4 buah surau.. 

Kali ni sbb ikut kehendak ummi yg x pandai nak ikat rambut anak sendiri..hahahaha! Sebenarnya aku x sampai ati nak 'berkasar' dgn kepala Kauthar..org lain pandai, x apa.. lagipun dia kecik lg..berpeluh2..kesian.. Aku sendiripun darjah 6 baru start simpan rambut panjang paras bahu..bila dah jd emak orang ni mmg x simpan pendek langsung! (Ceritanya, papaku akan tegur anak2 dia kalu pendekkan sgt rambut..so lama2 jd x selesa bila asik pendek jer..) So, insyaAllah.. Kauthar bila dah besar boleh simpan rambut panjang yer sayang.. ;-) .. P/s : Lepas turn Kauthar, turn ummi dan papa..sambil tgu kitaorg siap, Kak Na tolong tidurkan dan siap bg makan biskut ikan gitu..hahaha..boleh g lagi pahni..! Sekian..wassalam.. ;-)

Tuesday, March 8, 2011

Kauthar's 1st Handwriting or Drawing? :-)

Salam..

Again, waiting for hubby to fetch me up..n juz read Hanis Zalikha's blog..she's notty n catchy, I love her! :-p.. Ukey..now aku nak tulis something bout my lil girl yg semakin membesar..lagi 2 days dia akan mencapai umur 1 tahun 3 bulan..insyaAllah..amin..

Juz get it straight 2 da point, yesterday masa g withdraw duit, ternampak satu mainan yg simple tp rasanya berguna utk perkembangan otak my princess..dgn harga RM5.90 satu, I bought it n juz x sabo nak tunjuk kat hubby n my baby.. Hubby said : "Ermm..abang x terpikir lak nak belikan dia mainan ni walau slalu nampak kat Toysrus..ok jugak" Eheh! Ayat belakang tu buat I rasa yeayyy! :-D

So, apabila ditunjukkan kepada Kauthar..inilah hasilnya....


                  Mula2 tunjuk tuan empunya diri dulu...Nabila Kauthar Ahmad Hafiizhi...hihihi


Eh...bertudung lak anak daraku ini...( umi dia suka drag citer panjang2lah..cepat, encik suami sampai jap lg!) err..anak tudung nyang..piring kat tangan pun hakmilik nyang...ngeeeehehehehe...


Tadaaaa....entah nape rasa suka sgt bila Kauthar interested dgn board ni n dia mula conteng2..

Actually, dalam keta lagi dah bagi dia benda ni sampaila balik rumah dia dok nyonteng...banggalah anak umi dah pandai pegang pen! hikhikhik... (ops, encik suami tersayang telah telefon...huhuhuhu)..err..nama dia tu umi yg tulis! :-)


Sbb hepi sgt, letak board kat situ konon2 kenangan abadi.. 1st masterpiece from Kauthar dikongsi dgn kegembiraan ayah dan ibu...er..mata Kauthar nampak kat celah board jer! hihihi..

Doa umi, moga Kauthar @ Ila akan membesar dgn sihat, diberikan iman, hati, akal dan rohani yg ikhlas, bersih dan terpuji...amin ya rabbal'alamin...luv u sayang! Ok..gotta go babes! Jumpa lagi nanti..tatatititutu..wassalam.. :-)