3 of us...

3 of us...
Hubby, Baby Kauthar n Me.. :-)

Thursday, May 26, 2011

My Phone Cover.. ;-)

As-Salam..

At last, I found myself a case for my Torch..alhamdulillah..sian dia slama ni pakai yg x berapa nak secure punya cover.. And now.. I also love red so much..! Bought at BB's kiosk @ ECM, Kuantan..Let us see..tadaaa...


Jeng-jeng-jeng..close up 1st! It was from Melkco..


Nice tak? I love it! :-)


Inilah casing yg aku nak sangat selama ni..jenis slide ni kalau guna sarung jer x brapa secure time nak kuarkan..

Ok, dah, itu aje..wassalam.. :-)

It's Our Maika's Bags !

Salam..

Morning all..juz simple entry, to share some pixies bout Maika's bags.. I'm so into it! Let us see.. :-)

My 1st Maika's bag.. ALLIUM..


Bought from Warna Etnik (tru FB  n price : not more than RM100.00)

For him..AGRO.. :-)


Again, for her.. (dat's me, of course! ngeh3x!).. FLOWER FALL BROWN.. ;-)


Both Agro n FFB bought from Dsaunaku @ ALLAfia Garment..also tru FB n I took 'em directly at the boutique which located @ Padang Midin.. (betul2 depan kem askar tu..)..can see the tag bout Maika..price : Agro not more than RM85 and FFB not more than RM70.. (sorry, can't reveal the real price cuz differ dealer got differ price..)  Dsaunaku took the bags straight away from Maika's HQ at East Java while Warna Etnik got it from Maika's Malaysia.. FYI.. ;-)

And looking forward for another one.. PERGOLA PINK!.. (Again?..hehehe)


So guys..check it out.. I love them cuz they are so gojes..cute..and the size is quite big..suitable for mommy like me! (Err..I'm considering them as our gadgets..pardon me! Ahah!) Chioww.. wassalam.. ;-)

Monday, May 23, 2011

Preparation For Pregnancy and Confinement : Part 1

Salam uolsss..

Okep, juz to share with u guys yg sama2 preggie like me, preggie to be (hehe) dan sedang menghitung hari or wat evalah! Ini, saya perturunkan sedikit tips based on my 2nd time nak dapat baby..(insyaAllah, harap2 dipermudahkan semua urusan yg tinggal sebulan lebih aje lagi).. td, i juz received msg from my sis in law, liya yg tanya bout my preparation..so, meh kita tgok and amik panduan otem?

Psst..suka diingatkan, lain org lain keperluan dan lain cara..kewangan juga mempengaruhi so plan baik2..sebaik2nya..terutama yg dapat rezeki 'tersepak' org Ganu kata.. (maksudnya : dapat rezeki tanpa dijangka..hihihi).. Ini adalah barangan yang telah kubeli bermula Mac yang lalu..suka dimaklumkan, planning pembelian barangan dilakukan berperingkat2 by monthly..sebab kalu nak beli semua sekaligus, mak aih, gedegang! (bak kata my BFF..Tg Shaniza!)..saving pun dibuat secara konsisten sejak dari mula (mula kerja, sampai nikah, dapat baby) dan ditambahkan lagi bila dah tahu preggy..ingat, mesti DISIPLIN demi mendapatkan yg TERBAIK ~dari ladang!..ahah! :-D

1) Tilam Contiago dan Bantal dari Zhulian..





Bagi yg sukar nak dapatkan salayang (para untuk bertungku), tilam ni sesuai sebagai ganti..mula2 aku guna pinjam yg kawan so kali ni beli sendiri..bagus juga untuk nak membakar lemak..hihihi..so lepas pantang pun leh keep continue guna..ada yg single, queen n king size..aku beli yg single je..siap dgn bantal.. Tips : beli dgn kawan/sedara mara dan cuba dapatkan harga dealer dimana harganya adalah jauh lebih rendah dari yg terpampang di web/brosur..x pun join jadi ahli Zhulian neh?

Susu anmum diambil 2 kali sehari..

Penting untuk kalsium sebab kita punya dah diserap baby..so tulang cepat melemah..hihi..sometimes ada org yg gigi mmg kena cabut setiap kali ngandung..seyes! Cuma kali ni aku x brapa konsisten minum sbb alahan lain sikit..cuma, usaha juga utk minum..ini persediaan mengandung tp percayalah, bila berpantang nanti kalau tulang kita kuat, x la lemah sangat nak menguruskan bb tau.. ;-)


L to R : (Atas) minyak selusuh dari olive oil, diminum sesudu kecil setiap pagi sebelum amik apa2 food dan mestilah bismillah dan bersalawat..Elken Spirulina yg mmg banyak manfaat and aku start makan lepas melahirkan Kauthar.. Tips : belilah secara berkumpulan utk lebih jimat atau jadi ahli Elken! :-)

(Tengah) Obimin Pluz..aku makan start ngandung..ada yg makan bila dah 3 bulan preggy..terpulang..buleh tanya doc neh..harganya RM50++.. dengan mkn supplement ni dah memadai sebab dah cover banyak jenis vitamin.. ada sejenis lagi iaitu Obimin..yg ni murah sikit, so terpulanglah..aku makan pun atas advice doc..beli pun kat klinik selain kat farmasi..

(Bawah) : Iron tablets (Ferrous Fumurate 200MG) utk meningkatkan kadar hb dalam darah (those yg bacaannya agak rendah) dan folic acid yg mana merupakan vitamin paling BASIC dan WAJIB kena makan..ibarat tiang rumah..dalam konteks ni ia membekalkan persekitaran rahim yg kuat, kukuh dan baik utk kandungan..nak lebih detail sila rujuk sendiri..aku ni pun ingat apa yg doc bgtau..huhuhu..

Tips : Ha..ubat2an and supplement ni kena amik time ngandung hinggalah lepas deliver..ambillah selama mana yg boleh (pesan doktor dan puan misi) sebab kandungannya sgt bermanfaat utk ibu dan juga bayi.. :-)


Hohoho...! minum horlicks utk merangsang pengeluaran susu, makan kismis dan badam juga utk otak bayi..benda asas juga nih.. (harapnya kali ni i can fully bf my bb..sian Kauthar dulu juz 2 months time pantang jer..start keja dah xde susu.. :-(  )


Yg ini adalah tungku bersalin (herba) dan tablet haruan keluaran Leesa Formula/Cosmetics yang dibeli secara online..tungku tu aku baru nak cuba sebab member kata bagus then tablet tu dah pernah makan masa 1st time dulu..


Supplement untuk bf..mesti ada yg tatau apa bf tu kan? ---> Breast feed.. :-) itu ada supllier yg boleh dihubungi.. I bought tru FB..mari tgok detailnya lagi :


Ada 4 jenis supplements..dan nasibku baik krn dapat satu botol pencuci.. :-) (sila klik gambar utk besarkan dan lihat apa jenis yg terlibat.. )

Ada few things lagi yg dah diorder dan akan sampai sikit masa lagi..I'll let u know keh? Apapun, ini antara person yg jual barangan yg aku sebutkan di atas dan boleh ditemui dalam FB anda : Mazlina Suradi  (utk barangan yg aku tgh order) dan Azrina Mohd Jaafar (set fb Shaklee)..

So frens..silalah meninjau mana yg perlu..di atas ni cuma beberapa panduan yg boleh aku kongsikan..nanti ada barangan terbaru aku bgtau lagi..tata..! ;-) wassalam..

Tuesday, May 10, 2011

Poor Kauthar..

Salam dearie all..

Actually, I dun want to write bout this, but my hearts says I must! Let's read..

Pada hari Jumaat malam Sabtu bersamaan 6 Mei..sewaktu hubby sedang mengemas..suddenly satu bunyi bising kedengaran..bila aku toleh belakang..(jangan pandang belakang heh!)

Frame yg ada pixies Kauthar dah jatuh lalu pecah.. 
(frame ni dah diletakkan dlm tray utk tujuan keselamatan..nanti anta kedai utk repair)

Dan hati seorang ibu mula rasa x sedap..petanda apakah ini? Aku x citer pd hubby..cuma, aku ni dah terbiasa dgn tabiat Papa ku yg sangat alert dgn 'hint-hint' nih..sbg contoh, kalau ada org offer food kat dia, dia mesti ambil walau secubit sbb dia tanak kempunan..so apa jadi bila kempunan? Luka! Aku dah byk kali alami pgalamn mcm ni..so sbb Papa selalu advicekan aku supaya patuhi petua dia tu..so sampaila skrg aku terikut..  Tapi aku belajar supaya x jadikan kepercayaan bimbang terpesong akidah.. Ayah pada Papa ku ini a.ka. To' Ki seorang yg dikira ala-ala bomoh..pandai mengubat orang, so agaknya dari situ dia terikut..

Sambung cerita, dalam hati aku berdoa banyak2 agar ini bukan petanda yg tidak baik..keesokannya..

Sewaktu kami baru separuh jalan menikmati lunch kat Kedai Yah Binjai..Kauthar yg mmg dah biasa duduk atas kerusi seorang diri (usually atas baby chair, tp kat kedai tu xde)..tiba2 entah mcmana dlm sekelip mata dia yg tgh berdiri atas kerusi plastik kat kedai tu terjatuh / tersembam ke lantai simen kedai tu..aku yg baru suku nasi habis (lambat sikit sbb suap dia mkn sama) cepat2 angkat dia dan bila aku pusingkan dia ke arah aku..Ya Allah..bibir dia berdarah dan mulut bertakung darah..hidung diapun berdarah sebelah kanan.. Aku mula rasa nak nangis dan hubby pun cepat2 ke sink diekori aku yg dukung Kauthar..hubby basuh mulut Kauthar dlm 3 kali jugak utk buangkan darah yg bertakung tu..baju yg dipakai kami bertiga mmg kena darah Kauthar.. Ya Allah, selamatkanlah anak kami..

Aku tak tau datang dari mana kekuatan, aku istighfar banyak2 dan tahan air mata..apa yg aku fikir time tu, kalau aku turut sama nangis, hubby sure lagi tension so aku mesti tahan, aku mesti kuat! Lepas bayar dan masuk keta, aku terus pujuk Kauthar dan gurau2 dgn dia sambil selawat seperti biasa..aku pun tanak Kauthar jadi lagi panik kalau2 aku ubah style cara komunikasi kami selama ni..

Alhamdulillah, dia berenti menangis dan mula bcakap bahasa dia..bila ke klinik sbb dah thari (lunch hour), klinik pulak tutup..so kami transit dulu di rumah pengasuhnya utk bersihkan lagi darah dan luka..Namun, sbb cuaca tengahari so mmg darah banyak yg keluar tak henti..Kauthar pun, dia nampak letih dan nak tidur tapi tiba2 meraung agaknya rasa berdenyut..mcm tulah ulang2 2,3 kali hingga kul 2 kami terus ke klinik.. Doc bagi ubat oral aid (titik atas bibir 3 kali sehari) dan ubat demam urat..alhamdulillah, walau Kauthar tidur agak lama selepas tu dan hanya bangun time maghrib, dia nampak aktif mcm biasa..

Cuma yg aku rasa terharu..yes, my baby rupanya seorang yg sangat tabah..dah beberapa kali aku tgok dia ni jenis lasak dan payah nangis..kali ni, kami berpendapat dia x kan mampu hisap susu sbb bibir dah luka/pecah akibat terkacip gigi atas..Doc pun kata dia akan kena ulser dlm sehari dua.. Alhamdulillah, dia gagahkan jugak habiskan baki susu dan tambah lagi sebotol yg baru walau ambil masa yg lebih lama dan sehingga pagi tadi, darah masih ada kat puting botol tu.. Kadang aku rasa nak nangis tapi tabahkan hati.. Ahad mlm Isnin, kami dah bawa dia pergi berurut di Marang and again, dia sangat tough..tahan jer diurut walau ada sekali tu dia menjerit sbb sakit tapi sekejap je then dia ceria balik..siap suruh bukakan stokin utk urut lagi..air tawar pun dah beri minum..alhamdulillah..


Suka sangat duduk dalam bakul, dalam kotak atau atas dulang.. :-)

Tengok tu..happy ngat dok dlm bakul baju.. ;-)

Dah pandai panjat dan duduk sendiri dlm kerusi comel / rocker yg diguna sejak umur 2 bulan..

InsyaAllah, Khamis-Sabtu ni aku kursus kat Kuantan dan kami dah buat appointment utk jumpa pakar kanak2 di KMC.. lagipun dia dah jatuh few times sejak dia dapat bjalan ni..Harapan seorang ibu, moga Kauthar sentiasa dipelihara Allah SWT dan diringankan beban dan kesakitan yg ditanggung. Moga tiada kesan jangka panjang ke atasmu sayang ummi.. Love u so much Ila yayang... Wassalam...  

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari ibu..

Salam all..

Hari Ibu baru sahaja berlalu semalam, 8 Mei 2011..dan kalau dilihat dalam FB, mmg byk wishes yang dihasilkan oleh setiap rakan dan tak terkecuali aku..alhamdulillah, I still got my mom, mom-in law dan diri sendiri dah jadi ibu..jadi rasanya hidup ini sangat bahagia dan sentiasa kena bersyukur..

So kepada Che (ibu kandung), Mama (MIL), Mami (Granny-in-law), Che Da (adik Che) dan arwah Mak (mak angkat yg bela mengasuh aku sejak dalam pantang @ dari umo 3 bulan lg) .. SELAMAT HARI IBU..Nuzul sayang kalian dan mohon maaf atas segala khilaf..utk arwah mak, Nuzul hadiahkan al-fatihah dan semoga Mak tenang di sana..Al-Fatihah..

Kami 3 beradik dgn Che semasa celebrate besday Che masa CNY this year..me, Kak Long, Che, Kak Emy (akak no 2) dan Rayyan..

My Mama..cantikkan? :-)

Mami..yg paling kanan selepas Che.. :-)

Utk Che Da, setiap saat dan waktu aku rindu sangat dgn dia..sebabnya, dia cuma mungkin seorang ibu yg berstatus suri rumah sepenuh masa namun beliau adalah seorang pendengar yg setia, sentiasa memberi nasihat dan masakannya mmg best gituh! 

Che Da sayang... :-)

Sayangnya, xde soft copy gamba  arwah Mak.. Mak pulak..meninggalkan aku masa Form 4, ingat lagi time final exam x silap..mmg result agak terjejas sikit..Mak masak best dgn masakan jawanya..dan Mak sayang sangat dgn aku..masih teringat, masa Mak sakit, dah sebulan Mak x makan nasi..tapi bila aku datang, Mak gagahkan jugak makan nasi..dengan aku.. sayu sangat rasa..~...rindu Mak...~

Sekarang, aku sendiri dah jadi ibu..insyaAllah bakal menjadi ibu kepada 2 orang cahaya mata..(July ni due yg kedua)..so sendiri dah rasa mendidik, menjaga anak dalam usia bayi..ya, mmg akan byk cabaran lagi yg harus ditempuhi..moga Allah SWT memberikan aku kekuatan dan ketabahan yg x tumpah seperti mana ibu2ku di atas..mereka adalah pendorongku dan syurgaku adalah di bawah telapak kaki mereka... Love u Mommies...

Ummi and Kauthar..

Wednesday, May 4, 2011

Jalan-Jalan Ke KL..2nd Trip For 2011..: Kauthar's Harness!

Salam dearie semua..sambung sikit lg ttg trip to KL..entry kali ni, all about Kauthar!

Day 2 & 3 ( At Midvalley and KLCC )


Actually, on 27th March (Sunday), our lil princess, Nabila Kauthar dah mula berjalan or orang ganu kata 'dapat kaki'..mula2 dia agak tatot2 dan teragak2..poor my baby, dlm masa 1 hari dia jatuh 2 kali dan berbonjol di tempat yg sama dan dalam tempoh hari itu hingga hari ketiga dia jatuh lg di tempat yg sama..biru dan sgt menghibakan hati seorang ibu... :-(

Sekarang? Skill dia dah meningkat..berlari 'moteng' kata org ganu lagi dan mmg bila dah boleh kaki ni agak meletihkan..tambah lagi I'm preggie so mmg la sgt terasa..cuma, bila tgok how comel dia bjalan terkedek2 tu rasa terhibur sgt.. :-)

Okeh..back to the topic, memandangkan kami dah plan lama utk ke KL dan kami tahu keadaan manusia yg maha ramai di shopping complex..PLUS, bila baca blog Linda pasal kejadian di Dataran Pahlawan Mall tu..(kalian boleh baca blog Linda yg aku follow tu : Tales from an eccentric mom.. ) SERAM! Tambah lagi Kauthar ni jenis senang nak gi dgn orang..even strangers..so, kami suami isteri dah sepakat nak belikan dia harness atau Linda kata leash tu.. :-)

Dgn izin Linda..jgn marah, aku copy skit ayat mung  dari entry B Aware Of Your Kids At All Time! A heart stopping xperience in Dataran Pahlawan Mall   yg menyentap tangkai jantung aku..sorry, x pandai nak cut short link..huhuhu

http://xcentricmommy.blogspot.com/search?updated-max=2011-04-15T12%3A43%3A00%2B08%3A00&max-results=7


" Because when your 2 kids start running opposite ways in a crowded mall, I do not want to be stuck in a predicament of which one do I go after 1st.... which one should I save first?


IT IS THE HARDEST DAMNEST DECISION FOR A MOM TO MAKE IN A SPLIT SECOND.



Now after this, dun u dare ask me "isyk, kesian la... anak2 ko pakai leash plak" unless you want me to tell you, "Mind your own kids!" in an angry manner. Dah kasi amaran awal2 ya..... "

So, ini some gambo2 yg menunjukkan Kauthar dipakaikan harness tu..yes! mmg sgt membantu sbb dia pun makin aktif @ buas..kalau x pakai ni mmg x tau dia kemana2 dah.. Mmg, ada mata yg memandang dgn kehairanan, ada yg berbisik dan ada yg dtg dekat sambil kata 'ala comeynye dia dgn koala dia nih.." (of course yg pertama tu aku x kisah, tp yg berbisik tu aku rasa x selesa gak dan yg ke3 tu..aku suka!) tp yg ke2 tu pedulikan..anak aku, mana nak cari ganti..kan?

Masa main kat ToysRus Mid Valley..

Masa jadi gadis Mexico jap.. ;-)

Masa dalam rumah di sebuah hutan..kononnya..(still @ ToysRus)

Masa window shopping dgn papa @ KLCC..sbb ummi tukang snap gambo..

Time berlari nak masuk lif..kalau xde harness ni mmg aku tatau apa jadi..laju woo anak aku lari..

Yg ni..kat Giant KT! Ahah, mencelah skali..mmg kat KT lagilah ramai mata memandang beb! Hahaha...


So frens..apa pendapat korang? Kelakar ke? Mmg..comel pun ada kan? Tp itulah, prevention is better than cure..anak, mana nak cari ganti kalau ilang..harness tu walau mahal sikit tp berbaloi..(price RM79.90 dan boleh didapati di Xiri Kiddy House, KT dgn pelbagai pilihan warna dan haiwan..ceh promote pulak!) Ada pelbagai jenis harness ni sebenarnya..tapi sebab x nak nampakkan sgt seolah2 kita kontrol mcm haiwan (sorry, kasar kit bunyinya), so bila ada option yg lebih comel (mcm yg Kauthar pakai ni ada koala), so kami pilih yg ni..dia pun suka sgt..asik peluk ajer.. dan kebaikannya utk aku, boleh dijadikan alas lengan masa pangku Kauthar time nak isap susu @ tido dlm keta..

Jadi, selamat ber'harness' pahni utk ibu2 yg suka bawa anak jalan2 + anak yg dah mula pandai jalan + anak yg dah mula kenal dan berminat dgn pelbagai barangan yg dia rasa boleh buat mainan padahal tak + anak2 yg sgt mesra alam walau dgn strangers..dan lagi, lagi dan lagi dgn sebab yg pelbagai.. ( psssttt...kat Mekah ramai pakaikan benda ni tau..erra fazira pun buat! hehehe.. )

Jadi, fikir2kan dan selamat membeli harness! Chiow..wassalam.. :-)


Tuesday, May 3, 2011

Jalan-Jalan Ke KL..2nd Trip For 2011..: Dinner For Our 2nd Anniversary!

As-Salam...

Day 2


Yesterday, I wrote about my dinner dgn BFF kan..so today I'll write bout my dinner dgn hubby..of course not forgetting Kauthar n bb inside..sempena our 2nd anniv yg tertunda pd 9 Mac lepas.. :-) Where? It was at Tony Roma's, The Garden..kami pilih menu western since last year kami dah pilih menu Thai kat Restoran Payang Serai di Waterfront KT..plus, dinner dgn BFF pun dah makan kat Thai Xpress..

Asalnya, kami bercadang makan di Victoria Station utk sambutan kali ni..tapi bila cek dgn lawan web JAKIM then tanya dgn my BFF nih, mmg x confident nak mkn kat sana..huhuhu..sempat lalu ajer depan VS tu. Takpelah yg penting biar halal dan tak menimbulkan syubhah kan? So, these are some pics utk tatapan..maklumlah, kat area KT ni mmg ada kedai jual western food dan antaranya Saujana Steak House yg mengadap Sec Recipe tu..boleh tahan jugak. Tapi alang2 kami dah bercuti kat sini, kita try pilihan yg ada..so Tony Roma's nyer turn this time..

Starter for kids..yg pasti Kauthar x mkn..hehehe 
(lemon kat blakang tu aku nyerfrom  ice lemon tea..tumpang letak situ sbb nak memudahkan Kauthar minum..kalau x, asik nak pegang lemon aje kerja dia..)

Yg ni fish n chips special order utk Kauthar..hehe..sekali sekala khusus utk princess kami nih..mmg sedap, sampai mak dia pun join skali.. ;-)

Fried shrimp yg digabung dgn mayonese dan sayuran..garing giler, pergh best! Asalnya diletakkan food ni dalam gelas kon saiz besar, mmg menarik tp en hubby pergi alih letak dlm plate ni.. mmg sedap!

Model p'puan sedang makan dgn bergaya..model kecik sbg sampingan gambar.. dan model lelaki x dibenarkan letak gambar dlm post ni sbb mulut nganga luas sgt masa mkn! ;-p

Ini aku punya menu..aku lupa nama apa, rasanya Mojo Chicken kot.. (teringat aku kat Mojo dlm Transformers!) nasi yg rasa mcm nasi ayam dimakan dgn ayam panggang..pilihan tepat utk aku..tp byk sgt sampai x leh nak abis..huhuhu namun kombinasi dgn brokoli ni sgt sempurna! Chewah!

Ini hubby nyer choice..mmg aku x ingat nama apa..yg ada, daging BBQ dgn nasi yg rasanya sama dgn mine nyer..banyak juga sampai hubby pun x abis makan..coleslow pun ada... :-)

Air nenas..hubby nyer..

My ice lemon tea yg gelasnya..mak aih..besar gedabak! Yg pasti, sbb biasa share dgn Kauthar so saiz ni mampu memenuhi keperluan kami berdua..best!

Budak kecik ini makan dgn penuh ketekunan..dan bantal froggy sentiasa menjadi teman..nampak mata froggy kat belakang tu? hihihihi.. ;-p

And last sekali....

Wallawehhh...! Kauthar punya dessert tp biasalah, ummi dia yg mamam..ini free utk kids, ada 2 lg option puding dgn muffin kalau x silap..tapi mestilah ummi dia pilih yg ini!

Mari kita lihat close-up nya..

Mmg sedap..tp still x abes sbb kenyang sangat...

Inilah makanan yg berjaya masuk ke perut namun x berjaya kami habiskan krn saiz hidangannya aku rasa bukan milik org Malaysia..ini haruslah saiz hidangan org2 putih di negara asal mereka..sekali sekala mencuba rasanya OK, tapi kalau jadi menu harian aku rasa kenot go lah! So, agak2, mcmana aku nak sambung blaja kat o-sea nanti? Nak kena masak hari2 ker? Hohohohoho!

Apapun, dinner kami sempena ulangtahun ke-2 kami ni dah mencapai sasaran..food, itu sampingan sebab itu yg dapat dihighlightkan dgn bukti kukuh melalui gambar2 di atas, juga sbg kenangan.. Yg penting, ia diraikan dgn penuh kasih sayang bagi mengeratkan hubungan kami suami isteri..

"Tidak pernah sentiasa langit itu cerah, kerna ada ketika ia dibasahi hujan yg kadangkala lebat dan ada jua kalanya renyai...namun, untuk mendapatkan indahnya si pelangi, haruslah ada sedikit ribut atau guruh yg berdentuman..itu semua ciptaan indah Tuhan buat hambaNya yg berfikir jua mengambil iktibar.."

Semoga Allah SWT memberkati rumahtangga kami ini dibawah naungan sayang dan rahmatNya..semoga dipermudahkan segala urusan kami dan dipermurahkan rezeki kami sekeluarga..kurniakanlah kami hati yg ikhlas, sabar dan redha dgn segala ketentuanMu..jadikanlah kami org2 yg sentiasa berusaha ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran..sayangilah kami, Allah SWT dan Rasulullah SAW..amin ya rabbal'alamin..

Semoga sempat kami menyambut ulangtahun yg ketiga dan seterusnya..insyaAllah..Ahmad Hafiizhi..saya cinta kamu.. wassalam.. :-)

Monday, May 2, 2011

Jalan-Jalan Ke KL..2nd Trip For 2011..: Jumpa BFF!

Salam all..

Okep..juz few pixies to share n how happy we were masa g jalan2 ke KL pada 21-24 April recently..so far, at least twice a year kami akan pergi bercuti dan mmg selalunya ke KL..pernah cuba utk ke Melaka last dec, tp memandangkan hari Krismas, so terpaksa cancelled last minute..InsyaAllah jika dikurniakan rezeki lebih, kami bercadang utk ke luar negara pulak, and my main target is BANDUNG of course! InsyaAllah, tahun depan yer..bila Kauthar dan adiknya dah besar sikit..aminnn...

Utk vacation kali ni, kami menginap di Hotel Citrus yg terletak di Jln Raja Muda, near to Plaza Hotel. X silap, ini 3 stars hotel..biasanya kami stay di Dynasty, tapi kali ni cuba yg baru..hotelnya ok, ada paip, itu yg penting! Tp agak sempit dan parkingnya agak terhad..cuma yg baiknya parking sentiasa ada dan keramahan staff, two thumbs up!

Day 1 (Kemaman-KL)
Pada jam 11 am, kami ke klinik dulu, dapatkan beberapa ubat untuk Kauthar..sbg standby utk journey ini in case dia kurang sihat. Then kami ke KL and at 4 o'clock kami tiba di KL.. hampir jam 5 kami check-in n punggah barang masuk bilik..setelah jamak ta'khir, mandi n bsiap, dlm 6.30 kami betolak ke Ikea, Mutiara Damansara..ada few things yg kami beli dan tujuan kami ke sana actually utk redeem points Ikea ( tru Alliance Visa Credit Card ) dapatla RM30 voucher dan keduanya, mlm tu ada dinner dgn my BFF : Adzlinda E. Ahmad and Tg. Shaniza Tg. Dahlan + hubby +Syaurah (baby) at Thai Xpress di The Curve..sayangnya, planning kami utk make-upkan aku ala2 Hana Tajima sempena my 2nd anniv nyer dinner x jadi..x sempat..huhuhu..maybe next time eh babes! ;-)

 3 of us..me, Linda n Tg..thanks for coming wahai beautiful ladies..gonna miss this so much, ever..!

Hubby's doing the talking..

Ha..yg ni mmg acara wajib, pantang masuk restoran mesti menu kena bagi dia satu! Itu konon2 tunjuk kat ummi dia pilih food apa..tgok, landing x ingat punya dgn bantal froggy dia.. ;-p

Tgok deme2 nih..maintain slim walau masing2 dah anak 2 tiap sorang..haish, jeles gue! Syaurah lak baik jer..kongsi sekut dgn Kak Kauthar.. :-) 

Yg ini..dahla landing baik nyer, lepas isap susu dia buleh pergi tgh2 kedai n joget lambak kat situ sorang2..adoyaii..!

Tomyam campur..best! Pilihan ku..

Kari ayam hijau..ala2 kat Sec Recipe gitu, tapi rasanya sedap yg ni lagi..Linda pilihkan.. :-) 

Kacang panjang masak dgn udang pedas..sedappp..dahla kacang dia fresh, udang dia pun sama..thanks Linda cuz pilihkan juga utk menu nih.. ;-)

Barbeku ayam..pilihan En Asri Rabbani..eh bukan, hubby Tg!. Jgn mare Tg cayang... hehehe

BBQ seafood pilihan en somi saya.. ;-)

Yg ini? Pulut mangga besh..lama doh mengidam nak mamam..walau rasa dia x sama dgn yg aku rasa kat Seri Iman, tp still best n dapat memenuhi pengidamanku..hehehe

Xtvt di sini, selain makan semestinya..(lapo weh, last makan kul 12 kat stesen bus cherating!), kami borak-borak dan borakkkkkk...tapi masa berlalu sgt sekejap ku rasa..mcm x puas..rasa nak chatting lebih lama lg tp apa daya parking kami tgal 2 jam je lg kat Ikea tu (after bayar kat kaunter)..so kena rush kuar supaya x kena denda..huhuhu..Linda, next time kita ajak Chong lak ek?

Sungguh..mereka ini adalah kwnku yg x pernah berubah baik scr fizikal mahupun kebaikan dan sifat mereka sejak skolah dulu.. aku gembira kita tetap terus berhubungan sehingga dah beranak pinak, mana tahu esok2 jadi besan lak! Hahahahaha...meh..meh..kita reunion balik..kita bongkar kembali kisah2 lama, suka duka dan pahit manis bergelar remaja...seperti ini :

L to R : Hajariah Hamzah, me, Linda, Tg n Ida Shahrizna..masa kami form 5 x silap.@ SM Sultan Ismail 2, Kemaman..miss all those memories..cayalah! See, kan dah kata, kami maintain dgn saiz kami..hihihi...

Moga kita bertemu lg sahabat..aku merindui kalian..pergh, jiwang karat seh..nope, seyes, I mean it! :-( sob..sob..sob..."Allah SWT, berkatilah kami semua dan restuilah persahabatan kami ini moga berjalan hingga ke penghujung nyawa..tiada galang gantinya sahabat2 seperti ini hanya dgn restuMu kami kekal bersama..amin ya rabbal'alamin.." :-)