As Salam...semua!
(P/s : greeting baru yg baru sy ketahui maksudnya adalah lebih baik dari perkataan "salam" (bermaksud selamat tinggal) yg sentiasa sy gunakan bg menggantikan Assalamu'alaikum WBT)..masih, saya mengharapkan agar yg sebenarnya perkataan dan maksud dikhabarkan kpd saya yg masih naif.. Dulu, sy sentiasa memberi ucapan sejahtera itu dalam sms dgn menggunakan ayat penuh..kemudian bila terbaca ada yg menyebut perkataan "salam" boleh digunakan sbg singkatan, sy gunakan dan kini bila ada yg memaklumkan "As Salam" adalah lebih tepat, maka saya mula mengamalkannya..baru sahaja 2,3 hari..dan sy ulangi, saya masih mencari dan mencari yg sebenarnya..ada sesiapa boleh bantu? terima kasih sy ucapkan..)
Baiklah, sementara saya menantikan jam berdetik hingga ke pukul 11 dan sementara kerja2 opis telah diselesaikan pagi ini, saya masih mempunyai masa utk menulis sesuatu ttg topik di atas.. Sebenarnya, sy masih belajar dan mencari2 cara utk saya meng'uploadkan' slide powerpoint saya ke dalam blog ini..juga, kalau masih ada yg sudi membantu harapnya sudi memberi sy tunjuk ajar..P/s : saya telah mengformatkan slide itu ke dalam bentuk PDF..masih, terawangan juga...hihihi... dan jam 11? saya akan ke KL utk meeting di HQ esok..leaving behind my two beloved person for a while...sedih, tp sy mesti kuat! Utk sehari sahaja, sedangkan sebelum ini pernah tinggalkan mereka atas dasar kerja selama seminggu dan ada 2 minggu straight! (Berdoa dalam hati agar tidak akan tingalkan mereka lama2 lagi dan berpeluang membawa mereka bersama jika saya berkursus atau meeting lagi nanti...amin ya rabbal'alamin..)
Okay, back to the topic..saya tidak bercadang mengulas panjang hal ini, cuma nak uploadkan gambar kenangan dulu kala..masa masih single dan belum menjadi suri serta bonda orang.. Cuma, sedikit makluman, kenapa saya tiba2 teringat ttg topik ini kerana 1) Pd 8 Feb 2011 yg lepas sy kembali semula berceramah utk Kursus Induksi Modul Umum Bil. 1/2011 Untuk Kumpulan II di Peladang Agro Setiu Resort dan 2) semalam saya berurusan dgn pegawai dari JHEAT..rupa2nya saya dimaklumkan bahawa pegawai yang bakal saya berurusan nanti (untuk urusan yg masih belum selesai) adalah kawan seangkatan semasa TOT Islam Hadhari, Terengganu Bestari dahulu...nampaknya dunia ini kecil sahaja dan moga urusan itu nanti dipermudahkan oleh Allah SWT...amin.. baiklah, ini adalah 2 keping gambar utk tatapan...
Hanya 2 peserta wanita ketika itu, saya dan Puan Sajulia Ahmad..semasa kursus TOT Siri 1/2005 bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson..
Kalau ada yang kenal, ada 2 orang dlam gambar ini merupakan pegawai dari syarikat latihan Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah yg menjadi 'tutor' kami..maaf saya terlupa nama mereka. Yg saya maksudkan adalah yg duduk 3 dari kiri dan berdiri belah kanan hujung sekali di belakang saya. Masa ini, kami dilatih, diberi panduan dan akhirnya diuji kemampuan serta kemahiran berceramah sebelum kami diluluskan utk menerima sijil tauliah..ada beberapa siri lagi yg perlu kami lalui sehinggalah...
Ini adalah semasa majlis pentauliahan kepada penceramah/fasilitator yang diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Tingkat 17, Wisma Darul Iman..mantan MB ketika itu, YAB Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh menyampaikan sijil kepada kami semua...
Selepas majlis ini, barulah kami layak utk memberi ceramah dan seingat saya sepanjang tahun 2005 hingga 2007, hampir setiap bulan saya dijemput berceramah kpd para peserta yg terdiri dpd kakitangan PBT seluruh negeri, PMINT dan pejabat tanah serta daerah seluruh negeri..tempat kursus yg biasa saya hadiri adalah di Angullia Resort, Seberang Marang. Dan kini, setelah saya 'berehat' seketika pada tahun 2009-2010 saya kembali menjalankan salah satu tugas yg amat saya minati..mungkin, bakat ini diwarisi dari ayah dan bonda saya yang merupakan bekas guru dan bonda saya kini merupakan ahli politik di kampung halaman saya..Cukai, Kemaman. Agak2nya, anak2 saya akan mewarisi saya juga tak? InsyaAllah..kerana hubby juga sering menjadi emcee dan terlibat dalam tugas2 PR di jabatannya..insyaAllah..
Sedikit petikan dari Tun Mahathir yg saya suka membacanya dan sy ubah sedikit supaya bersesuaian dgn topik saya ini..
"Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti... saya akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan oleh saya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki saya akan jadi saksi..."
Oklah, itu sahaja utk setakat ini..saya perlu bersiap dan breakfast dulu sebelum berangkat..jumpa lagi nanti..!
Wassalam..
No comments:
Post a Comment