3 of us...

3 of us...
Hubby, Baby Kauthar n Me.. :-)

Thursday, October 28, 2010

Sepanjang Oktober 2010

Salam buat semua...nampoknya Oktober akan berakhir x lama lagi..dan bakal menjadi antara kenangan terindah, insyaAllah..antara yg berlaku dlm bulan ini pada tahun 2010 ni :-

1) on 1st Oct officially i became as one of the family of JPBD Trg's Dept...tempat jatuh lg dikenang.. :-) namun, berpindah ke sini penuh dgn perasaan yg bercampur baur krn semuanya berlaku dgn tiba-tiba namun yg positifnya, ini adalah rezeki dari Allah SWT buat kami sekeluarga..i keep telling myself dat my life is lead by me..no other! ( 01.10.2010 )

2) on 10th Oct, Kauthar was 10 months old..all bout 10 babe! Once, in a lifetime.. Umi n papa luv u sayang! :-)        ( 10.10.10 )

                                            Photo taken when Kauthar genap 10 bulan..10.10.10.. :-)

3) on 20th Oct..audit 5S and succeed! Being the 1st in Wisma Negeri to get the 5S cert is really cool..Tahniah buat semua warga JPBD Trg atas usaha, kerjasama n komited...saya hanya mampu menyumbang dgn tak seberapa dari segi 5S di bilik saya sahaja...harapnya kecemerlangan dapat terus dikekalkan dan dipertingkatkan...Caiyuk! ( 20.10.2010 )

                                                           @ My room..JPBD Trg. :-)

4) on 20th to 25th Oct, ke Kota Bharu bagi Program Peningkatan Kerjaya dan Sukan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kelantan, Kedah, Johor dan Terengganu..involved with bowling dan managed to get 4th out of 12th teams..partner dgn Puan Normah Nik. Alhamdulillah, catatan skor peribadi lepaslah haji  tp kena improve lg..tgulah kalau ada kesempatan di Kedah lak nanti..insyaAllah..

                                     TCS wanita di Hotel Riverview..semasa majlis perasmian

                                                            Tuan guru di pentas utama..

Our team..berdiri dari kiri, Puan Najihah (Pej. Tanah Marang), Puan Suhailawati (Pej. Tanah KT), Puan Normah Nik ( Pej. MB Trg). Duduk dari kiri, Puan Norliza (PTG), Cik Kamilah (Pej. Tanah Kemaman), Me n Puan Sophia (MPK)..tiada dalam gambar Puan Siti Mariam (Pej. Tanah Setiu) dan tukan amik gambar, Puan Maldiana (PTG)..tak tinggal..hehehe

TCS's bowlers..(exclude team lelaki yg main kategori terbuka mlm esoknya)  berdiri dari kiri, En Suhaimi (coach), Me, Hj. Zulkifli Abu Bakar (UPEN), En. Ishamudin (UPEN), Hj. Kamarul Amin (YIT), Hj. A. Rahman Yahya (MPK), Hj. Zulkifli Mohamad (ECER / Presiden TCS) dan En. Che Rani (UPMN). Duduk dari kiri, Puan Suhailawati, Cik Kamilah, Puan Najihah, Puan Siti Mariam, Puan Normah, Puan Sophia dan Puan Norliza..tahniah cuz semua mendapat tempat 5 ke atas kategori VIP lelaki, VIP wanita dan terbuka wanita.. :-)

                                                 Cenderahati bowling selain 2 lagi hadiah lain.. ;-)

Ada sedikit yg aku rasa  ralat dari segi pengundian dan penglibatan pemain yg ditetapkan oleh urusetia..semangat ahli yakni PTN itu sendiri sedikit terjejas krn keluarga turut dibenarkan bermain..namun atas semangat kesukanan, ketetapan ini haruslah dipatuhi dan aku akur dengannya..biasalah, mana-mana urusetia pasti akan ambil peluang untuk advantage masing2..faham tuan!

Dan antara yg aku rasa happy sgt cuz en suami dan cik baby selamat sampai walau travel berdua sahaja all along the way from KT to KB! Sempat hubby tukar pampers Kauthar kat Masjid Padang Luas..hasilnya, no stocking n no pants..only shirt n pampers yg tinggal for Kauthar masa diorg sampai..cool...luv u benbies..!


Kauthar n papa at KTC.. time tu Kauthar tgh khusyuk tgok TV tp umi sibuk suruh diorg posing! :-D
  
Then kami guna kesempatan di sana utk pusing-pusing bandar KB yg memang best..! 12 jam kuar hotel (stayed at Kelantan Trade Centre) dan after match antara Kelantan n Kedah baru lepas utk masuk hotel.. Lunch @ stadium (yummy nasi ayam!) - SSF - KB Mall - Solat jamak di Masjid Ismail Petra - Wakaf Che Yeh yang syiok! - Dinner @ New Horizon ( mcm Paradise Deluxe kat KT) - Balik hotel.. then bersih diri, solat, packing cuz early morning kena balik KT..yg pasti suasana mlm tu mmg havoc cuz penyokong kelate berarak atas jalan, bunyikan hon sampai awal pagi tuh!

@ Bundle Wakaf Che Yeh..kucing tu jinak tol. Kauthar also loves cat mcm papa n umi..meow!

Penyokong kelate yg berarak atas jalan dgn kenderaan masing2..view from our room @ 16th floor..


                                                          View semasa awal pagi...


                             Luv this scenery..nampak kabus putih di kaki bukit tu? Chantiq....Subhanallah..


Dikesempatan ini, aku nak ucapkan TERIMA KASIH pada Kak Zah (PA Kepada Isteri MB Kelantan) yg sudi bawa aku ke PCB untuk tea..kami kenal masa Mesy Raja-Raja di KL this year dan moga ukhuwah ini berkekalan selamanya.. Yang pasti, ucapan Tuan Guru semasa majlis perasmian pula mmg bersahaja, tajam menikam diselangi unsur2 humor dan pastinya hal2 agama menjadi intipati ucapan..TAKBIR! :-)

5) On 28th Oct, Bacaan yassin jabatan.. yg best, sempat posing tue..terima kasih kepada Chef iaitu Kak Da n suami, En. Sabri serta para staff yg membantu segala persiapan..ianya tak seberapa dari saya sbg tanda kesyukuran atas rezeki Allah SWT..namun melaluinya kita mengeratkan ukhuwah dan mencipta kenangan..TERIMA KASIH!
                                            Para jelitawan JPBD Trg berposing.. :-)

                                                          Posing lagi...

                                                         dan lagi...hihihi... ;-)


                                              Sesi makan...

                                                        Makan lagi..

                               Pemangku Pengarah, Tn. Hj. Mokhtar Samadi bersama para pegawai..

Me, tgh cedok nasi..eh..siapa kat belakang tu? Hihi..terima kasih pd photographer bidan terjun, En. Jamal n En. Suhaidi..

                                                         Makan..jangan tak makan..sempat tu posing!

Hmmm...rasanya itu sahajalah buat masa sekarang, semoga enjoy membaca entry yg mungkin agak panjang nih..eheh! Dan selamat menjamu mata dgn gambar2 yg disertakan bersama..Oktober 2010 antara kenangan terindah buatku :-) Sekian... Wassalam...

Thursday, October 7, 2010

Sajak..Secangkir Madu Kasih..

Salam..hye semua...seperti yang dinyatakan dalam post sebelum ni, now I'll let u all read this poem which 1 of I love most! Sebelum itu..Sekarang, sesudah bergelar isteri, semestinya sajak ini I dedicate it to my beloved hubby Ahmad Hafiizhi Alilah..

Dan, sekadar berkongsi rasa...Sungguh, dalam melayari sebuah bahtera pernikahan..mendirikan mungkin sukar bagi sesetengah orang dan ada juga sebaliknya..tapi percayalah bagi semua yang melaluinya, untuk mengekalkan kerukunan itu, ia lebih sukar..cabaran dan ujian akan datang dan pergi bila-bila  masa sahaja..bermakna, setiap saat dan waktu kita perlu berkerja dan berusaha untuk menghadapinya agar setiap ujian itu dapat diatasi..bukan itu sahaja, jadikan pula ia sebagai panduan bagi menghadapi cabaran-cabaran yang lebih besar di masa akan datang..namun ini semua ketentuanNya dan cubalah hadapi dengan penuh kesabaran dan akal tenang..* Tips: kamu tidakkan pernah tahu dan fahami situasi ini sehingggalah kamu sendiri yang melaluinya...Kepada yang masih single, jangan takut untuk mendirikan masjid..kerana berdua itu lebih baik!

SECANGKIR MADU KASIH...

Kasih...
Secangkir madu kuhimpun untukmu
Tetap tenang di danau hatiku...
Dihiasi indah kuntuman bunga-bunga cintaku
Dengan kicauan burung yang berlagu rindu

Kasih...
Cinta mungkin datang dan pergi
Namun...
Biarkan ia menjelma sendiri
Makin dinanti, mungkin jauh ia pergi
Sabar di sini, seperti dekat di sisi...

Kasih...
Biar sang unggas senda berlagu
Pada diriku yang setia padamu
Sampai waktu cintakan bertamu
Menghias indah di kehidupan aku dan kamu
Usah putus harap, padaNya YANG SATU...
Tanpa kita jemu, usah kita keliru...

Kasih...
Tika waktu deras berlalu, bak air menderu
Walau musim silih berganti
Datang dan pergi...
Seperti camar yang terbang tinggi lantas kembali
Untuk sekian kali...namun...
Takkan pernah mengubah rasa
Takkan menghakis pudar warna

Kasih...
Walau sang semut telah terhidu
Meski sang lebah berlegar disekelilingku
Tarian indah dari si kupu-kupu
Namun tiada kesempatan untuk semua itu...
Kerna maduku hanya untukmu...

Kasih...
Cangkir maduku hanya satu, tidak beribu
Jika itu kau tanyakan padaku...
Niatku tulus buatmu...
Kerna itu yang kutahu dan tetap itu yang aku mahu
Kerna cintaku hanyalah satu
Dan yang satu itulah aku persembahkan buatmu

Kasih...
Biarlah niat cinta
Untuk YANG ESA...
Kerna secangkir maduku adalah dariNYA
Dengan IZIN..tak akan pernah tersisa...

Madu Untuk Kekasih...Mba Nujul
7.51 am - 30 November '03... Bakau Tinggi.


Tuesday, October 5, 2010

My New Place..My New Life..

Assalamua'alaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam 1 Terengganu..ops! Well..well...dah lama tol x blogging n here I'm back..! ;-) . So, mcmana persiapan raya anda semua? Me, ok alhamdulillah..raya tahun ni lebih bermakna n meriah cuz dah ada Baby Kauthar, kami pakai baju sedondon n most important dapat beraya sakan di rumah mak n mom in law..(tahun lepas, raya ke-6 baru balik Kemaman..).

Actually, I'm rushing to go for my bowling training this 3 o'clock..as the preparation for Sukan Pegawai Tadbir 4 Negeri (trg, kelantan, johor n kedah..2 govt, 2 pembangkang! hihi!) at Kota Bharu this coming 20th - 25th Oct..wish me luck neh? Dan dikesempatan ini, sesuai dgn tittle bagi post ni..I'm back to PLANNING! Whoaaa...only Allah knows how I feel n how grateful I am to be back here after 6 years of studying this course (1998-2004), 6 years of leaving it (working in different fields : 2004-2005-politic, 2006-2008-administration, 2009-2010 politic + admin n now doing totally admin again.surely, I'll try to take this opportunity to get in touch with Planning again..insyaAllah..).

Why I'm here? Well..it's not hard to say but in this situation the best I can say is : This is the best for me after all I've been through..kamu tahu, kalau aku tak buat pun, orang tetap akan kata n apatah lagi kalau aku buat, still orang akan kata juga. So what? I lead my life n I'm always grateful with it..terima kasih Allah SWT..I'll try my best in whatever I'm doing..aku tidak mahu, sebelum menutup mata ada yang belum dilangsai..tidak mahu juga di akhirat kelak dipersoal dengan tindakan-tindakan yang tidak baik semasa di dunia ini sedangkan aku mampu untuk menghindari dan turut berharap agar amanahku sebagai seorang Pegawai Tadbir Negeri, dapat dilaksanakan sebaik mungkin (walau kadangkala perlu berani menyatakan kebenaran yang pahit..serta berani jualah menanggung risikonya..) kerana semakin tinggi seseorang, semakin besar ujian dan tanggungjawabnya dan rugilah jika dikedudukan ini aku tidak mampu melaksanakannya dengan sebaik mungkin..tepuk dada, tanyalah iman!

Dalam pada itu..ada yang lebih menarik dan 'menyegarkan' aku kembali which is masa tengah-tengah berkemas kat office baru..I found my old = long time lost a collection of my meaningful poetry! Alhamdulillah..pernah, aku rasa ralat sangat masa kehilangan koleksi ini kerana semasa menulisnya seakan melepaskan gejolak rasa yang pelbagai dalam diri..Ada satu sajak tu yang aku cadang untuk hadiahkan kepada bakal suami di hari pernikahan (masa tu dunno who will be la..hihihi) tapi hilang..and tup-tup ada balik..so check it out ukey? :-)

Dan, sebelum post diakhiri..al fatihah buat yang dikasihi, long time friend..Allahyarhamah Puan Suria Wardah binti Hashim dan Pengarah JPBD (my current office) Allahyarhamah Puan Hajah Khatijah AO Mohd. Shafie..moga kalian ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..bersemadilah dengan tenang kerana tugas kalian sebagai khalifahNya telahpun selesai dan kami yang masih bernafas ini masih perlu bertanggungjawab atas setiap tindak tanduk kami yang penuh dengan kekhilafan..Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosa kami ini, baik yang telah lalu, kini dan jua yang mendatang..Amin Ya Rabbal'alamin...