3 of us...

3 of us...
Hubby, Baby Kauthar n Me.. :-)

Tuesday, March 22, 2011

Masa Santai Untuk Kauthar..

Salam and hye semua.. :-)

Actually, di depan kuaters kami, ada sebuah playground yg baru dibina khas utk anak2 di flat taman kami bermain..memandangkan rumah kami di tkt 2 dan Kauthar dah pandai memanjat, seringlah dia mengintai dari sliding door then berbunyi2 dan tunjuk isyarat supaya bawa dia turun main sama..olololo..sian anak ummi...dgn berbadan 2 mcm ni, mmg aku x larat nak dukung dia bw turun n naik..hubby lak sgt suka kemas rumah..dah hobi dia..so x sampai atilak nak mintak hubby bw dia g main..

Alhamdulillah, pd 8 Mac baru ni, after anta my mom di epot Sultan Mahmud utk kerjakan umrah, masa balik kami berkesempatan bawak Kauthar main kat playground nih..mmg dia suka dan kami turut terhibur tgok gelagat dia yg nak main tp x reti main n harapkan papa dan ummi guide dia.. :-)



Papa temankan main 'congek-canggung'..


Fokus kepada peserta 'congek-canggung'..sayang papa n ummi!


Kauthar malu2 nak turun gelongsor..eh..papa tgok apa kat atas tu?



Iyaaa..itu dia, papa letakkan Kauthar di gelongsor..nak duduk sendiri takut2 lagi..


Aiseyyy..ni gelongsor style apa nih? Berbaring eh? ;-p


Okeh..semangat pulak dia..memanjat naik tu..(but surely dgn bantuan papa..)


Okepp..berjaya menuju puncak! :-D


Main intai2aww cak! lak dgn ummi..hihihi.. xoxoxo..!


Merayap kat gelongsor lagi..


Aik..nampak mata sapa kat situ tu?


Oh..naik motor pulak..apesal duduk gitu sayang? :-)


Okeh..mari papa betulkan seating tu sebelum nak blumba!


Gegegegegegege..suka ngat dia dapat main hari ni..tenkiu papa..cup-cup! <3 <3 <3

Okeh benbies..it's time to go home..nanti ada masa kita main lagi..! Kauthar : tata moto, tata gelongcor, tata ongek anggung..tata all..nanti Ila main turun lagiii.. :-)

"Kajian telah menunjukkan bayi dan kanak2 yg menerima byk sentuhan, pelukan, ciuman dan usapan bersesuaian akan membesar menjadi seorang yg berkeyakinan, boleh bergaul dgn baik dan berhemah serta disenangi ramai. Scr amnya, anak2 yg selalu mendapat sentuhan ibu bapa akan berasa lebih selamat dan disayangi sehinggalah tiada lg alasan utk mereka membuat alasan tidak menyenangkan.

Jika ini diletakkan di dalam konteks pembelajaran, segala sentuhan kasih sayang tersebut akan mensucikan minda mereka dpd segala perasaan negatif spt kebencian, kemarahan dan tekanan yg melampau. Ini sahaja sudah cukup utk menjadi sbb kuat mengapa kita harus bermurah hati memeluk dan mencium anak semasa menghantar mereka ke sekolah. Dgn minda yg bersih dan positif, mereka akan lebih bersedia menerima ilmu pengetahuan pada hari itu". - Zaid Mohamad, Ibu Bapa Bijak Anak Hebat-

Sekian..wassalam.. :-)


Sunday, March 13, 2011

Wat A Wonderful Day

Salam semua orang...

"Hari ini kau datang riang, membuat hatiku senang..kau hias, dirimu, membuat hati bertambah sayang..lalalala".. Alhamdulillah, hari ini berlangsung dgn baik, ada perkara2 besar berlaku hari ini dan pastinya ketibaan pojaan hatiku ini menambah seri di hati..ceh-ceh-ceh... ( ada kalanya aku rasa sedih, rasa kecil hati dan terkilan terutaman dgn mereka yg berada di sekelilingku..tapi utk menulis itu di belogsaya ini..hehehe..ikut Hanis sikit! rasanya buat masa ini, tidak perlu ya! Sy ulang, tidak perlu! Jadi mari kita lupakan..tapi akan datang sy tatauuu...huhuhuhu).. Ok, kita lihat apa yg berlaku hari ini :-


Oh...apakah ini..mengapa en suami tidak tunjukkan lebih awal kpd sy sijil ini? 

Hmmmm...hehe, sebenarnya pada tahun lepas both kami suami isteri mendapat APC dari jabatan masing2..cuma, biarlah yg hubby ini di'highlight'kan krn hanya kami yg tahu perihnya utk mendapat sedikit penghargaan..memang, manusia sering melakukan kesilapan..namun x adil bila kesalahan yg lama diungkit, diulang sedangkan byk lagi perkara besar yg baik2 dilakukan tidak pula dinampakkan di mata dan dilekatkan difikiran..itulah manusia.. Babam..kuatkan semangat, kita perbaiki mutu kerja dan fikirlah yg baik2 kerana itu lebih mententeramkan jiwa dan minda.. Erm, sebenarnya bangun pg td sy nampak sijil ni ada atas meja..ohh..babam terlupa nak simpan agaknya? Atau dia nak eksyen kat isteri dia? (Mentang2 sy x punya sijil..tp hadiah wang sy lg besarrr...hihihihi) Syabash darl!

Hari ini juga merupakan Anniversary Pertama kakak sulung saya..iaitu Kekanda Norida dan suaminya Abg Zali..tahniah..semoga ikatan pernikahan ini akan kekal abadi buat selamanya..insyaAllah..Aminnn... Dan juga hari ini merupakan birthday anak saudara saya di Putrajaya iaitu Faiz Aiman Anuar yg ke-9.. happy big day Faiz!..With lots of luv from Che Su, Ayah Su n Baby Kauthar.. hadiah? Tunggu balik Kemaman yer..


Gambo masa raya 2010 baru nih..akak sy yg nama Norida tu kat sebelah sy dan anak sedara sy yg hensem tu baju putih kat depan tu..hihihihi.. selamat hari bermakna buat yg sy sayangi semuanya!
( Anak2 sedara yg lain, jgn jeles! Depan sebelah Faiz : Lia, Along n Haiqal.. atas dukung Tuk Pa adalah Rayyan Aiman..atas Tuk Che? Siapa lg kalu bukan princess shaya! )

Tidak lupa juga saya nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Puan Nor Asimah binti Salleh dan pasangannya Encik Nik Azizul bin Abdullah yg selamat disahkan sbg suami isteri pagi tadi.. Puan Asimah ni merupakan pegawai sy di JPBD dan juga merupakan junior sy masa study dulu..welcome to the club! Moga kalian sentiasa diberkati dlm menempuhi alam pernikahan yg sgt bermakna ini..aminnn... Esok, turn sorang lg pegawai sy iaitu Encik Sabry bin Hamid dan pasangannya Puan Norshela binti Muhamad..majlis sambut menantu di Setiu. InsyaAllah lepas SPC di Besut kami pakat serang umah En Sabry yer! Tahniah dan moga berbahagia ke akhir hayat..aminnn...


Selamat Pengantin Baru! ( Maaf tiada gambar mereka dlm PC sy..oh, x apalah... )

Jeng..jeng..jeng..yg paling2 terbestlah hari ini...x perlu ulas panjang..ketibaannya disambut gembira, keceriaan berganda!


Cuba teka?


Tadaaaa... my hero is smiling at me! Yeayyy... ;-D


Yg ini?


Eh.. apalak nih? Ada ke aku order kotak2 nih?


OMG! I received my orders n also with gifts from MPH which I needed them badly! Alhamdulillah.. selain buku2 di atas yg mmg dah termimpi2.. alas gelas 4 rekacorak comel dan name card holder yg mmg sy mahukan sbb name card sy baru shiap...yep2!


Design yg menarik..and 


Name card holder putih yg sy rasa sgt gembira mengisinya dgn kad2 nama sy..my previous one which I bought at Tokyo Disneyland on 2007 dah berkarat2.. 


Dedikasi Tun M to the family...


Tips from Zaid Mohamad..moga2 menjadi panduan berguna utk aku dan hubby dlm mendidik anak2 kami selain Al-Quran dan Sunnah.. Sungguh, tanggungjawab ini berat tapi inilah amanah yg mesti kami pikul apabila bersedia menempuh gerbang perkahwinan...insyaAllah..

Ehemmm..tiba2 rasa syahdu pulak..okeh2..mari kita bersolat Asar dulu dan siapkan barang2 yg hendak dibawa ke meeting SPC esok..sambil2 jgn lupa bw skali hadiah kahwin utk En Sabry..hihihi.. This is my story 4 today dear morning glory.. Terima kasih Allah SWT..ini cuma secebis dariMu tapi besar maknanya untukku.. n I'm..speechless.. 

Moga u all semua pun gembira hari ini dan jangan lupa di saat kita gembira, sentiasa bersyukur padaNya dan saat kita berduka lara jua jgn lupa slalu ingat padaNya dan minta diringankan beban yg ditanggung..hanya Dia tempat kita berserah dan bergantung harap dan hanya Dia yg boleh membawa kita ke jalan yg benar...semuanya yg wonderful today and ever adalah kerana Dia.. Allahuakbar! Wassalam... :-)


Kauthar's 1st Haircut !

Salam to all..

Dah lama aku nak postkan entry ni tp asik tertangguh jer yer..well, since I do have another more entry to do, so let do it fast..! Meh nak citer ttg pengalaman pertama Kauthar bergunting rambut.. Sebenarnya masa dia umo 3 @ 4 bulan, kami dah bawa ke kedai di Tanjung yg sediakan servis shavekan rambut baby..harga cuma RM5 dan layanan sgt istimewa..trima kasih Kak Na iaitu tokey kedai.. (sayang, terlupa nama kedai dia..tapi dekat je dgn Maxis kalau x silap..). Ini pic masa Kauthar umo 5 bulan pas shave..


Suka sgt dgn pic ni sbb nampak dia mcm nakal sgt..mmg nakal pon! Abis bugs kat tangan dia both left n right kena isap dek my princess nih.. tgok mata dia tu! ;-p

Ok..yg ni masa dia umo 1thn 2 bln..baru je..masa Maulud Nabi baru ni @ ulangtahun ke-2 marriage kami dalam bulan Islam (alhamdulillah)..atau bulan omputihnya kita sebut 15 Feb 2011.. Masih, di kedai yg sama dgn harga yg sama.. Kauthar sgt sporting bila diletakkan atas kerusi baby dan rilex jer masa start gunting sampailah abis..kecuali last stage masa kena blow dgn angin sejuk utk tanggalkan rambut yg jatuh atas badan dia, dia jerit jap! Terkejut kot..hehehehe


1st step..letakkan bayi anda di atas kerusi dan pakaikan dgn kain merah seperti di atas di mana hasilnya dia akan senyum seperti ini..hehehe ( jika anak anda cool mcm anak sy! hahahahaha )


Tundukkan kepala baby anda dan yg penting mesti bagi dia satu barang utk dipegang bagi mengalihkan perhatiannya dari tertanya2 : "apakehell dia buat kat pale aku nih?" ( di tangan anakku itu adalah sarung tepun BB ku..huhu! )


Ummi @ u'rs truly sdg bereksperimen dgn cermin bg menghasilkan shot terbaik..mmg terbaek..haha!


Itu dia Cik Baby Kauthar @ Ila yg sedang buat mulut ikan sambil kepala dia penuh dgn sepit sana sini..surely dlm hati seorang anak firasat seorang ibu membaca spt berikut : "Sepit2 ni lg besar dari kepala Ilalah! Grrr..."


Pandangan belakang dari kepala yg sgt chumelll...mmuahh2!


Fokus seorang customer sambil gigit sarung hair blower..betul ke nama dia? Heh!


Muka busannn..masa ni sarung hp dah tercampak kat mana2 dah.. 


Itu dia tokey kecik kita yg sebenarnya dah siap dirapikan namun dirapikan sekali lagi..(final touch kali kedua oleh jurudandan ke dua merangkap tokey kedai sendiri..td anak buah dia yg buat..) --- sentuhan ikhlas dari seorang tokey kpd tokey.. :-)

Ha..itulah dia serba sedikit cerita ttg my princess yg mengalami pengalaman pertama sbg manusia lebih dewasa..dulu shavekan tak kirala kan..sbb dulu ikut sunnah.. Botakkan rambut utk hilangkan kotoran semasa lahir dan rambut yg dipotong tu ditimbang ikut kadar emas..abis juga RM400 (tapi pakai duit raya dia sendiri..hihihi) dan disedekahkan kpd 4 buah surau.. 

Kali ni sbb ikut kehendak ummi yg x pandai nak ikat rambut anak sendiri..hahahaha! Sebenarnya aku x sampai ati nak 'berkasar' dgn kepala Kauthar..org lain pandai, x apa.. lagipun dia kecik lg..berpeluh2..kesian.. Aku sendiripun darjah 6 baru start simpan rambut panjang paras bahu..bila dah jd emak orang ni mmg x simpan pendek langsung! (Ceritanya, papaku akan tegur anak2 dia kalu pendekkan sgt rambut..so lama2 jd x selesa bila asik pendek jer..) So, insyaAllah.. Kauthar bila dah besar boleh simpan rambut panjang yer sayang.. ;-) .. P/s : Lepas turn Kauthar, turn ummi dan papa..sambil tgu kitaorg siap, Kak Na tolong tidurkan dan siap bg makan biskut ikan gitu..hahaha..boleh g lagi pahni..! Sekian..wassalam.. ;-)

Thursday, March 10, 2011

I Enjoy This!

Salam to all..

Hope semuanya sihat dan ceria hari ini..well, I'm fasting today (puasa ganti tahun lepas...sebelum bakal menggantikan puasa tahun ini yg berjumlah 30 hari semuanya..kerana berpantang! huhuhuhu...insyaAllah...)

Enjoy? Apa yg enjoynyer? Hmm....berpuasa? Memang! kerana hari ini saya berpuasa maka sy berpeluang utk melaksanakan segala urusan pejabat di sebelah paginya dgn penuh efisyen! Minit fail, reply e-mails, noticed pasal panggilan mesyuarat, lulus SPEKS dan segala bagai dan alhamdulillah kini saya sudah selesai semuanya utk sesi pagi..so, yg sesi petang, tunggu turn yer..

Jangan tak tahu dan saya percaya, ladies mmg boleh buat lebih satu kerja dalam satu masa..betulkan? Y I'm saying dis? Cuz..sy sempat online shopping sambil2 buka SISIP  ( filing system yg very interactive..boleh interact ttg hal mesyuarat dsb.. ups, system ini hakmilik JPBD sahaja...hihihi ).. okay, apa yg sy shoppingkan tu? Handbags, clothes, etc..etc..etc? Takkk...saya baru sj berjaya mengorder 2 books melalui MPH yg mmg sy impikan selama ini dan mmg nak beli tapi x semua bookstores ada iaitu...jeng-jeng-jeng...! :-D


A Doctor In The House..Tun M.. which I dreamt of it for so long...he's my idol! :-)

Product Details..
ISBN-13 : 9789675997228
Publication Date : March 2011
Publisher : MPH Group Publishing
Format : Hardcover, 844pp


" In his twenty-two years as Prime Minister of Malaysia Dr Mahathir Mohamad transformed his country from an agricultural backwater into an industrial powerhouse that would become the seventeenth-largest trading nation in the world.

This remarkable achievement was not without controversy, and Dr Mahathir’s extraordinary vision and iron grip earned him both enemies as well as ardent admirers within and outside of Malaysia. He has been described—typically and paradoxically—as a tyrannical dictator, a bête noir, as well as inspiring, courageous and an outspoken defender of the downtrodden, the Third World, and moderate Islam.

At almost every turn Dr Mahathir rewrote the rules. This book reveals hitherto unknown aspects of this intensely private, but publicly bold, statesman. It provides a clear and compelling narrative of modern Malaysian political history as seen through the eyes of one its greatest shapers. It is neither apology nor defence, but a forceful, compelling and often exciting account of how Dr Mahathir achieved what he did in so short a time, and why.

About Author Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ( born 10 July 1925) (Jawi:محتير بن محمد) was the fourth Prime Minister of Malaysia. He held the post for 22 years from 1981 to 2003, making him Malaysia's longest-serving Prime Minister, and one of the longest-serving leaders in Asia. Mahathir's political career spanned almost 40 years, from his election as a Malaysian federal Member of Parliament in 1964, until his resignation as Prime Minister in 2003."

Dan juga...


Dah lama sangat nakkan buku ni.. :-)

Product Details..

ISBN-13 : 9789675428074
Publication Date : 1 February 2010
Publisher : True Wealth
Format : Paperback

" Sebuah buku yang mendalami isu-isu keibubapaan berdasarkan strategi-strategi yang terbukti berkesan.  Ditulis oleh seorang bapa untuk tatapan ibu bapa lain. Memaparkan masalah dan perkara harian yang dihadapi oleh kita semua.  Merupakan satu formula yang seimbang di dalam misi kita untuk menjadi ibu bapa yang berjaya.  Ia menyentuh semula kebanyakan perkara asas tetapi amat penting, antaranya perkara yang kerap dilupakan - 'menyayangi dan disayangi'. "

– oleh Zaid Mohamad, Jurulatih Keibubapaan Malaysia Pertama & Pengarang buku terlaris “Smart Parents, Brighter Kids”


Alhamdulillah...actually I was looking for this book kat few bookstores area KT n Kuantan..tapi maybe bukan rezeki masa tu n kdg mmgx available pun..masa kat KL ada juga silau tp sold out! Pernah try beli online tru website dia tp technical prob lak..( kalu x silap, beli direct dapat diskaun..tapi tak apalah..) so, MPH adalah tempat utk dituju tho kena tambah lg RM7 utk delivery charge dan ntah apa2 charge lglah..It's ok..ilmu n pelaburan jangka pjg semua ni kan? ( ehem..shopping baju xde pulak nak bising2kan..hehehehe ) 

Tentang harga..lupa pulak nk inform..utk buku Tun M tu, RM100.00 dan buku En. Zaid ni RM39.90.. so each kena tambah RM7.00..guna Maybank2u mmg best! Ok, itu dulu buat masa skrg..time to perform solat..ptg ni I'm looking forward utk study some information sbg preparation for my talk this 15th..insyaAllah..tapi kena make sure kerja2 opis settle dululakan..bg priority pd yg priority...

Sekian..tata! Wassalam...



Wednesday, March 9, 2011

Kerinduan By Sheila Majid

Dulu pernah aku bersumpah
slalu setia jika ku mencinta
masih melekat rasa itu
saat cintamu datang padaku

Semua terwujud saat kau singgah
panasi cinta untuk setia merindu

Kerinduan ...
Tak akan menghilang
kan selalu kurasa
tak mampu ku menghindar

Kau berikan apa yang ku pinta
kau mengikat ku dalam cinta
temaniku dalam setia

Aku tak pernah mengharapkan
cinta lain datang membelaiku 
aku dapat slalu bertahan
menahan cintamu di sukmaku

Kehadiranmu basuh jiwaku
engkau sulutkan api cinta diriku

Kerinduan ...
Tak akan menghilang
kan selalu kurasa
tak mampu ku menghindar

Kau berikan apa yang ku pinta
kau mengikat ku dalam cinta
temaniku dalam jalani hidup ini


 

Two Is Better Than One By Boys Like Girls

I remember what you wore on the first day
You came into my life and I thought, hey
You know this could be something

'Cause everything you do and words you say
You know that it all takes my breath away
And now I'm left with nothing

So maybe it's true
That I can't live without you
And maybe two is better than one

But there's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one

I remember every look upon your face
The way you roll your eyes, the way you say
You make it hard for breathing

'Cause when I close my eyes and drift away
I think of you and everything's okay
I'm finally now believing

That maybe it's true
That I can't live without you
And maybe two is better than one

But there's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one

I remember what you wore on the first day
You came into my life and I thought, hey

Maybe it's true
That I can't live without you
And maybe two is better than one

There's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone

And I'm thinking, ooh
I can't live without you
'Cause baby, two
Is better than one

There's so much time
To figure out the rest of my life
But I figured out with all that's said and done
Two is better than one
Two is better than one


Sempurna by Andra & The Backbones

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku ingin slalu memujamu...

Di setiap langkahku
Ku kan slalu memikirkan dirimu
Tak bisaku bayangkan hidupku tanpa cintamu...

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku kau begitu
Sempurna...sempurna...

Kau genggam tanganku
Saat diruiku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata hapuskan semua sesalku...

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku kau begitu
Sempurna...sempurna...


It's Our 2nd Anniversary...

Salam dearie all..

Alhamdulillah, today is our 2nd anniversary n it feels like, macam baru smalam akad nikah...semua berlaku begitu pantas..Sesungguhnya, jodoh itu cepat atau lambat..semua dalam tangan dan menjadi rahsia Allah SWT...benarlah!.


Mendapat petunjuk Tuhan sewaktu mengerjakan umrah pada pertengahan tahun 2007 (minta Allah tunjukkan jodohku dan rupanya hint dah ada..nenek dan adik hubby time tu berada dalam rombongan umrah yang sama dgn keluargaku...). Berkenalan pada 6 Oktober 2008, bertunang pada 25 Januari 2009 dan bernikah pada hari Isnin, 9 Mac 2009 bersamaan 12 Rabiulawal 1430 Hijrah ( tarikh lahir Rasulullah SAW yg kebetulan jatuh pada hari Isnin..hari kelahiran Baginda )..kemudian pada 10 Disember 2009 menerima cahaya mata pertama..our Nabila Kauthar n insyaAllah pada Julai ini akan menerima cahaya mata kedua..amin ya rabbal 'alamin...


                                                               Hari pernikahan kami.. 9 Mac 2009

Hidup ini tidaklah sesempurna seumpama lagu Sempurna..lagu yg sering menjadi ringtone utk terima call dari hubby..namun sebagaimana sering aku karaoke (ehem.. ;-) ) n kerana minat sgt lagu Berdua Lebih Baik, alhamdulillah, ternyata berdua dalam hubungan yang dihalalkan adalah lebih baik dari bersendirian..hanya yang mengalami lebih memahami situasi ini.. Again, Two Is Better Than One.. n its true..all u need is fully faith to Allah SWT and a lot of tolerance to give n take.. Akhirnya, bila berjauhan bagai, Kerinduan dan Larut sebagaimana liriknya memang tepat utk describe the feeling..lagu ini juga among my fav song during karaoke selain  Demi ( Ella ) and Tegar ( Rossa ).. ;-)



3 of us.. Kauthar baru berumur 3 bulan time nih.. : 13 Mac 2010
( Hari wedding my sis, Kak Long )

Hubby..thanks for being with me all along the way..moga kita sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT.. Moga ikatan pernikahan ini berkekalan hingga akhir hayat dunia akhirat..Sayang dun need abang to be perfect..cuma cukup dgn pelihara tiang agama dan memberi keutamaan pada keluarga di samping membina kerjaya yang halal dan baik utk masa depan kita.. Amin Ya Rabbal 'Alamin.. I Love U !.. :-)

Tuesday, March 8, 2011

Kauthar's 1st Handwriting or Drawing? :-)

Salam..

Again, waiting for hubby to fetch me up..n juz read Hanis Zalikha's blog..she's notty n catchy, I love her! :-p.. Ukey..now aku nak tulis something bout my lil girl yg semakin membesar..lagi 2 days dia akan mencapai umur 1 tahun 3 bulan..insyaAllah..amin..

Juz get it straight 2 da point, yesterday masa g withdraw duit, ternampak satu mainan yg simple tp rasanya berguna utk perkembangan otak my princess..dgn harga RM5.90 satu, I bought it n juz x sabo nak tunjuk kat hubby n my baby.. Hubby said : "Ermm..abang x terpikir lak nak belikan dia mainan ni walau slalu nampak kat Toysrus..ok jugak" Eheh! Ayat belakang tu buat I rasa yeayyy! :-D

So, apabila ditunjukkan kepada Kauthar..inilah hasilnya....


                  Mula2 tunjuk tuan empunya diri dulu...Nabila Kauthar Ahmad Hafiizhi...hihihi


Eh...bertudung lak anak daraku ini...( umi dia suka drag citer panjang2lah..cepat, encik suami sampai jap lg!) err..anak tudung nyang..piring kat tangan pun hakmilik nyang...ngeeeehehehehe...


Tadaaaa....entah nape rasa suka sgt bila Kauthar interested dgn board ni n dia mula conteng2..

Actually, dalam keta lagi dah bagi dia benda ni sampaila balik rumah dia dok nyonteng...banggalah anak umi dah pandai pegang pen! hikhikhik... (ops, encik suami tersayang telah telefon...huhuhuhu)..err..nama dia tu umi yg tulis! :-)


Sbb hepi sgt, letak board kat situ konon2 kenangan abadi.. 1st masterpiece from Kauthar dikongsi dgn kegembiraan ayah dan ibu...er..mata Kauthar nampak kat celah board jer! hihihi..

Doa umi, moga Kauthar @ Ila akan membesar dgn sihat, diberikan iman, hati, akal dan rohani yg ikhlas, bersih dan terpuji...amin ya rabbal'alamin...luv u sayang! Ok..gotta go babes! Jumpa lagi nanti..tatatititutu..wassalam.. :-)

Skrip Emcee Untuk Dinner Serikandi - Pekerti

Salam..sekali lagi saya copy kan skrip emcee yang telah saya laksanakan tugasannya pada 4 Mac 2011 yang lalu di Kediaman Seri Iman..iaitu kediaman rasmi YAB Menteri Besar Terengganu.. Actually this script originalnya adalah dari skrip sebelum ini ( Serikandi-Bestari ) dan saya dahpun ubahsuai sikit mengikut kewajaran tertentu.. yg penting, pantun ditukar cuz tanak nampak sama sgt.Y? Cuz audience sy sebelum ini adalah orang yg sama bagi kedua-dua dinner tersebut.. :-) P/s: I'll upload a lots of pics semasa dinner ini utk post yg akan datang..( cover balik cuz dinner sebelum ni x snap gambo2 show..)


TEKS PENGACARA MAJLIS SEMPENA :
JAMUAN MAKAN MALAM SEMPENA LAWATAN PERSATUAN KEBAJIKAN ISTERI 
WAKIL-WAKIL RAKYAT DAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN NEGERI SEMBILAN (PEKERTI) 
KE NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN
PADA HARI JUMAAT, 4 MAC 2011, JAM 8.15 MALAM, 
BERTEMPAT DI  KEDIAMAN SERI IMAN, KUALA TERENGGANU

Bismillahirahmanirrahim...

·      Y.A.Bhg. To’ Puan Seri Hajjah Norliza binti Mahmud, Yang DiPertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri  Wakil –Wakil Rakyat Negeri Terengganu (SERIKANDI),

·      Yang Mulia Raja Datin Seri Salbiah binti Tengku Nujumudin, Yang DiPertua Persatuan Kebajikan Isteri  Wakil –Wakil Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (PEKERTI),

·      Y. Bhg. To’ Puan Hajjah Rohani binti Abdullah, Isteri Kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu,

·      Y. Bhg. Datin Paezah , Isteri Kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,

·      Y. Bhg. Datin Hajjah Faziah binti Mohamad, Setiausaha Kehormat SERIKANDI,

·      Y. Bhg. Datin Haslina binti Ab. Rashid, Bendahari Kehormat SERIKANDI,

·       Isteri ketua-ketua jabatan,

·      Semua Ahli Jawatankuasa  dan ahli-ahli SERIKANDI  dan PEKERTI,

·      Y. Bhg. To’ Puan-To’ Puan, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekelian.


·      Assalamu’alaikum wbt, salam sejahtera disulami mesra, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Terengganu...

·      Saya, Nuzulnisa binti Barudin pengacara pada malam yang berbahagia ini akan menemani dan mengiringi hadirin dan hadirat semua sepanjang perjalanan majlis yang sememangnya dinanti-nantikan ini.

·      Tamadun Islam taman warisan,
Jadi kebanggaan kami semua,
Ahlan wa Sahlan kami ucapkan,
Moga ukhuwah berkekalan sentiasa.

·      Y.A.Bhg. To’ Puan Seri, Yang Mulia Raja Datin Seri dan semua tetamu jemputan yang dihormati, bagi memulakan majlis, kita mulakan dahulu dengan makan malam yang diiringi dengan persembahan  tarian-tarian tradisional Negeri Terengganu Darul Iman dan juga persembahan nyanyian daripada artis-artis tempatan negeri ini sebagai sambutan istimewa buat tetamu jemputan...

-          Tarian Gamelan (Selang Arak)-

·      Bagi persembahan pertama itu tadi, sedikit synopsis untuk perhatian semua: Ia merupakan sebuah tarian istana yang asalnya di bawa ke Negeri Terengganu hasil perkahwinan Sultan Sulaiman dan Tengku Mariam. Ia ditarikan dengan penuh gemalai dengan tokohnya adalah Saudari Adnan Abdullah atau Mok Nang, sebagai penghidup seni ini. Pada asalnya, tarian ini hanya dimainkan di Balai Gamelan di Perkarangan Istana kolam. Namun, keindahannya dipersembahkan pula ke khalayak umum bagi memperkembangkan lagi seni budaya istana ini.  Itulah Tarian Gamelan (Selang Arak) sebagai pembuka gerak tari warisan.

·      Seterusnya, kita akan dihiburkan pula dengan nyanyian-nyanyian merdu dan mempersona dari artis-artis tempatan negeri ini iaitu Saudari Harmira binti Yusoff dan YM Tengku Mohd. Shahrom bin Tengku Sulaiman dari Aseni.  

-Nyanyian-

·      Terima kasih kepada Saudari Harmira dan YM Tg. Mohd. Shahrom.

-Tarian Rodat dan Zapin Terengganu-

·      Y.A.Bhg. To’ Puan Seri, Yang Mulia Raja Datin Seri dan semua hadirin dan hadirat yang dihormati, persembahan tarian sebentar tadi merupakan sebuah kebudayaan rakyat yang dimainkan di majlis-majlis perkahwinan, kenduri serta pesta keramaian. Tarian dan muzik yang dimainkan dengan alunan dari kitab hadharah yang melambangkan unsur Islam dalam kebudayaan ini. Pukulan tarodat serta tari gemalai mak inang, menjadikan persembahan ini lebih menarik hati. Manakala, bagi Zapin Terengganu pula ia menggambarkan sejarah dan keharmonian Negeri Terengganu dan ditarikan dalam dendangan zapin.

·      Kembali menghangatkan majlis makan malam ini, sekali lagi dijemput Saudara Mohd. Zamili bin Abd. Kadir dan Saudari Harmira binti Yusoff..

·      Terima kasih kepada Saudara Zamili dan Saudari Harmira.

·      Penerus acara kita seterusnya para hadirin dan hadirat yang dihormati, dipersembahkan sebuah lagi medley tarian-tarian rakyat setempat di negeri ini sebagai penyeri dan perancak suasana. Tarian-tarian ini biasanya ditarikan di majlis-majlis keramaian dan keraian sebagai contoh pada malam ini, ia sebagai satu hiburan bagi mengucapkan selamat datang, bagi menyambut tetamu yang berkunjung. Ia juga menggambarkan keindahan dan keharmonian di Negeri Terengganu dengan kepelbagaian tempat yang menarik serta kerancakkan pembangunan di negeri bertuah ini. Oleh yang demikian, terimalah tarian pintal, jong-jong inai dan joget Terengganu.

  -Tarian pintal, jong-jong inai dan joget Terengganu -

·      Tinggi sungguh hai Bukit Puteri,
Tempat bersemayam puteri rupawan,
Tibalah kita ke acara yang dinanti,
Ucapan mesra pengukuh ikatan.

·      Bagi meneruskan majlis ini, dipersilakan dengan penuh rasa hormat dan kasih, Y.A.Bhg. To’ Puan Seri Hajjah Norliza binti Mahmud, Yang DiPertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri  Wakil –Wakil Rakyat Negeri Terengganu (SERIKANDI), bagi menyampaikan ucapan aluan sebagai pembuka acara. Dipersilakan.

·      Ucapan -

·      Ribuan terima kasih tiada terhingga diucapkan kepada Y.A.Bhg. To’ Puan Seri di atas ucapan yang ringkas, padat lagi bermakna.

·      Seterusnya dengan penuh hormat  dan mesra , dipersilakan Yang Mulia Raja Datin Seri Salbiah binti Tengku Nujumudin, Yang DiPertua Persatuan Kebajikan Isteri  Wakil –Wakil Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (PEKERTI), untuk menyampaikan ucapan balas bagi penerus acara. Dipersilakan.

·      Ucapan –

·      Ribuan terima kasih tiada terhingga diucapkan kepada Yang Mulia Raja Datin Seri Salbiah binti Tengku Nujumudin di atas ucapan balas yang sangat menarik  itu tadi.


·      Y.A.Bhg. To’ Puan Seri, Yang Mulia Raja Datin Seri dan semua tetamu jemputan yang dihormati, majlis akan diteruskan lagi dengan acara penyampaian cenderahati, sebagai tanda setulus hati, buat kenang-kenangan  pabila kita berpisah nanti.

·      Dipersilakan sekali lagi Y.A.Bhg. To’ Puan Seri Hajjah Norliza binti Mahmud  bersama-sama Yang Mulia Raja Datin Seri Salbiah binti Tengku Nujumudin untuk naik ke pentas.

·      Majlis dengan penuh hormat, menjemput Yang Mulia Raja Datin Seri Salbiah binti Tengku Nujumudin bagi mewakili PEKERTI untuk menerima cenderahati daripada SERIKANDI.

·      Seterusnya majlis menjemput pula Y.A.Bhg. To’ Puan Seri Hajjah Norliza binti Mahmud bagi mewakili SERIKANDI untuk menerima cenderahati daripada PEKERTI.

Serikandi manis berleher jinjang,
Bertambah manis cantik budi pekerti,
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah esok pasti bertemu lagi.
                 
·    Sekian, sebelum mengundur diri, saya menyusun 10 jari memohon maaf andai berlaku khilaf..yang baik itu datangnya dari Allah SWT, dan yang lemah itu datangnya dari kekurangan diri saya sendiri.

·    Wabillahitaufikwalhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahiwabarokatuh. Selamat malam.

 P/s : Nama penuh kepada isteri YB SUK Negeri Sembilan saya terlupa kerana nama beliau hanya saya    perolehi di saat-saat akhir..harap maaf ..wassalam  :-)