3 of us...

3 of us...
Hubby, Baby Kauthar n Me.. :-)

Tuesday, May 10, 2011

Poor Kauthar..

Salam dearie all..

Actually, I dun want to write bout this, but my hearts says I must! Let's read..

Pada hari Jumaat malam Sabtu bersamaan 6 Mei..sewaktu hubby sedang mengemas..suddenly satu bunyi bising kedengaran..bila aku toleh belakang..(jangan pandang belakang heh!)

Frame yg ada pixies Kauthar dah jatuh lalu pecah.. 
(frame ni dah diletakkan dlm tray utk tujuan keselamatan..nanti anta kedai utk repair)

Dan hati seorang ibu mula rasa x sedap..petanda apakah ini? Aku x citer pd hubby..cuma, aku ni dah terbiasa dgn tabiat Papa ku yg sangat alert dgn 'hint-hint' nih..sbg contoh, kalau ada org offer food kat dia, dia mesti ambil walau secubit sbb dia tanak kempunan..so apa jadi bila kempunan? Luka! Aku dah byk kali alami pgalamn mcm ni..so sbb Papa selalu advicekan aku supaya patuhi petua dia tu..so sampaila skrg aku terikut..  Tapi aku belajar supaya x jadikan kepercayaan bimbang terpesong akidah.. Ayah pada Papa ku ini a.ka. To' Ki seorang yg dikira ala-ala bomoh..pandai mengubat orang, so agaknya dari situ dia terikut..

Sambung cerita, dalam hati aku berdoa banyak2 agar ini bukan petanda yg tidak baik..keesokannya..

Sewaktu kami baru separuh jalan menikmati lunch kat Kedai Yah Binjai..Kauthar yg mmg dah biasa duduk atas kerusi seorang diri (usually atas baby chair, tp kat kedai tu xde)..tiba2 entah mcmana dlm sekelip mata dia yg tgh berdiri atas kerusi plastik kat kedai tu terjatuh / tersembam ke lantai simen kedai tu..aku yg baru suku nasi habis (lambat sikit sbb suap dia mkn sama) cepat2 angkat dia dan bila aku pusingkan dia ke arah aku..Ya Allah..bibir dia berdarah dan mulut bertakung darah..hidung diapun berdarah sebelah kanan.. Aku mula rasa nak nangis dan hubby pun cepat2 ke sink diekori aku yg dukung Kauthar..hubby basuh mulut Kauthar dlm 3 kali jugak utk buangkan darah yg bertakung tu..baju yg dipakai kami bertiga mmg kena darah Kauthar.. Ya Allah, selamatkanlah anak kami..

Aku tak tau datang dari mana kekuatan, aku istighfar banyak2 dan tahan air mata..apa yg aku fikir time tu, kalau aku turut sama nangis, hubby sure lagi tension so aku mesti tahan, aku mesti kuat! Lepas bayar dan masuk keta, aku terus pujuk Kauthar dan gurau2 dgn dia sambil selawat seperti biasa..aku pun tanak Kauthar jadi lagi panik kalau2 aku ubah style cara komunikasi kami selama ni..

Alhamdulillah, dia berenti menangis dan mula bcakap bahasa dia..bila ke klinik sbb dah thari (lunch hour), klinik pulak tutup..so kami transit dulu di rumah pengasuhnya utk bersihkan lagi darah dan luka..Namun, sbb cuaca tengahari so mmg darah banyak yg keluar tak henti..Kauthar pun, dia nampak letih dan nak tidur tapi tiba2 meraung agaknya rasa berdenyut..mcm tulah ulang2 2,3 kali hingga kul 2 kami terus ke klinik.. Doc bagi ubat oral aid (titik atas bibir 3 kali sehari) dan ubat demam urat..alhamdulillah, walau Kauthar tidur agak lama selepas tu dan hanya bangun time maghrib, dia nampak aktif mcm biasa..

Cuma yg aku rasa terharu..yes, my baby rupanya seorang yg sangat tabah..dah beberapa kali aku tgok dia ni jenis lasak dan payah nangis..kali ni, kami berpendapat dia x kan mampu hisap susu sbb bibir dah luka/pecah akibat terkacip gigi atas..Doc pun kata dia akan kena ulser dlm sehari dua.. Alhamdulillah, dia gagahkan jugak habiskan baki susu dan tambah lagi sebotol yg baru walau ambil masa yg lebih lama dan sehingga pagi tadi, darah masih ada kat puting botol tu.. Kadang aku rasa nak nangis tapi tabahkan hati.. Ahad mlm Isnin, kami dah bawa dia pergi berurut di Marang and again, dia sangat tough..tahan jer diurut walau ada sekali tu dia menjerit sbb sakit tapi sekejap je then dia ceria balik..siap suruh bukakan stokin utk urut lagi..air tawar pun dah beri minum..alhamdulillah..


Suka sangat duduk dalam bakul, dalam kotak atau atas dulang.. :-)

Tengok tu..happy ngat dok dlm bakul baju.. ;-)

Dah pandai panjat dan duduk sendiri dlm kerusi comel / rocker yg diguna sejak umur 2 bulan..

InsyaAllah, Khamis-Sabtu ni aku kursus kat Kuantan dan kami dah buat appointment utk jumpa pakar kanak2 di KMC.. lagipun dia dah jatuh few times sejak dia dapat bjalan ni..Harapan seorang ibu, moga Kauthar sentiasa dipelihara Allah SWT dan diringankan beban dan kesakitan yg ditanggung. Moga tiada kesan jangka panjang ke atasmu sayang ummi.. Love u so much Ila yayang... Wassalam...  

No comments:

Post a Comment