3 of us...

3 of us...
Hubby, Baby Kauthar n Me.. :-)

Thursday, April 28, 2011

9 Asas Pengharaman Poco-Poco

Salam all.. ;-)

Last 2 days I bought Al-Islam kerana topiknya yg menarik iaitu Apa Kaitan Al-Quran UFO & Bencana Di Jepun?.. Topik ni mmg menarik namun ia agak panjang utk dikupas..so dlm dok baca tu, I found this topic (tittle yg kat atas tu) yg juga x kurang menariknya..plus, me myself mmg dah biasa dgn tarian ni.. Usually, kami tarikan after dinner yg melibatkan all ladies..dan masa jd mantan SU Puspanita Negeri dulu, I'm one of the member yg sgt aktif,,pernah kuar paper u! hahaha...itu dulu..but, let me share with u guys..utk difikirkan dan direnungkan.

Walaupun Datuk Dr Mashitah dan PM Dr. Asri Zainul Abidin dah keluarkan pendapat yg tidak mengharamkan poco2 nih..tapi cuba kalian kaji sikit pasal apa tarian ni diharamkan oleh JK Fatwa Negeri Perak pd mesyuarat fatwa negeri kali ke 186 yg telah bersidang pd 24 hingga 26 Januari 2011 :-

1) Dalil Al-Quran, surah al-An'am ayat 153


2) Dalil Al-Quran, surah al-Isra' ayat 36


3) Dalil dari hadis NAbi Muhammad SAW yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Sa'id al-Khudri, sesungguhnya Nabi bersabda :
" Kamu akan benar2 mengikut sunnah2 (jalan hidup) orang yg sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob sekalipun nescaya kamu mengikutinya"


4) Nabi Muhammad SAW mempetringatkan orang yg beriman agar sentiasa mengelakkan diri dari melakukan perbuatan, tindakan dan perlakuan yg menyerupai orang kafir.

5) Penjagaan akidah dan kepercayaan umat Islam lebih penting dari penjagaan kesihatan mereka. Justeru, sebarang amalan dan perlakuan yg meragukan sewajarnya dibendung dan ditinggalkan.

6) walaupun pelbagai nama, panggilan atau sebagainya diberi kepada tarian dan senaman poco2 dgn penjenamaan yg lain, walhal pd hakikatnya ia sebenarnya tarian dan senaman poco2 itu sendiri, maka ia tetap diharamkan.

7) Pengharaman berasaskan kaedah Saddu al-Dzarai'e iaitu menegah melakukan perkara yg harus krn bimbang perkara itu membawa kpd yg haram. pd umumnya tarian dan senaman tersebut dilaksanakan bercampur lelaki dan wanita yg bukan mahram, tidak menutup aurat sptmana yg ditetapkan menurut syarak dan dibuat di tempat terbuka.

8) Pengharaman berlandaskan alasan Ihtiati (teliti dan cermat).

9) Adalah lebih baik menyelamatkan keadaan sekiranya kita menggunakan tarian atau senaman yg jelas cocok dgn agama, budaya dan warisan bangsa kita sendiri dpd meniru dan memperlakukan sesuatu perbuatan yg boleh menimbulkan keraguan dan kecelaruan.

Okeh, so apa kalian rasa? For me, bila baca yg ketiga dan kelima tu, buat aku terfikir bahawa even kita dah ikut walaupun tanpa niatpun, itu seakan2 menyerupai perbuatan org kafir..tapi itulah, benda ni luas utk diterangkan. Even, dalam kehidupan harian kita pun banyak mana barang Yahudi yg kita guna, dari sekecil2 ubat gigi hinggalah kpd perkara2 yg besar..tp kita guna krn keperluan dan bukan sbb kita nak ikut gaya hidup diorg kan?

Jadi ada baiknya bagi aku, fikir semasak2nya ttg hal ini, tanya hati dan jiwa sbb kadangkala bila bertugas seperti aku ni, kadang kita takleh elak utk menari poco2 nih, plus mmg  suka benda2 hiburan ringan mcm ni..tapi xdelah sampai lupa diri and dressing x senonoh sampai lupa status kita sbg org Islam, isteri org and mak org..pakai baju kurung pun dah boleh on..hihihi..tapi itulahkan, tepuk dada tanya iman..moga Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah..aminnn

So, meh aku tuliskan pulak apa komen2 dari Datuk Dr Mashitah dan PM Dr. Asri Zainul Abidin dan PM Dr. Asri Zainul Abidin.. juga PM Dr. Khadijah Hambali,. Rasanya kesemua mereka pun mmg x disangkal kepakaran dlm bidang agama nih..agamawan kan..

Datuk Dr Mashitah, Timbalan Menteri di JPM :

"Masyarakat Islam di Malaysia masih boleh mengamalkan tarian poco2 selagi tidak mengandungi unsur pemujaan dan kepercayaan agama lain. Tarian poco2 di stp negeri adalah berbeza dr segi pergerakan dan lagunya ( I agree with this, masa sukan dgn PTD Pantai Timur, step diorg lain dan masa dinner dgn PERKEP Trg pun, dah lain...cuma yg basic saja sama..) dan kemungkinan isu itu timbul krn tarian poco2 di Perak tidak sama dgn tempat lain.

Apa yg saya dapati, tarian poco2 di Perak dikesan mengandungi unsur kepercayaan agama lain tidak spt di lain 2tempat yg lebih memberi tumpuan kpd senaman dan kesihatan badan".

PM Dr. Asri Zainul Abidin :

"Tarian poco2 yg tidak diamalkan dgn kepercayaan yg salah adalah diharuskan. Adapun, jika dilakukan dgn kepercayaan yg salah, atau diiringi perbuatan yg haram spt arak, seks dan pergaulan bebas, maka kepercayaan dan amalan yg salah itu wajib dibuang, tarian yg memberikan kebaikan pada kesihatan itu diizinkan"

PM Dr. Khadijah Hambali, Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, 
Akademi Pengajian Islam, UM :

"Pada pandangan saya, tarian poco2 adalah harus selagi tidak melanggar hukum syarak dan tidak sampai menjatuhkan akidah. Namun ada batas2 dan keterikatannya. Sekiranya amalan poco2 ini boleh membawa terkoyaknya kemaslahatan, menyebabkan boleh gugur akidah dan melanggar batas2 syariat, maka jatuh haram".

Jadi, mmg bila kita baca pendapat ketiga2 pakar dlm bidang agama ni, nampaknya ada keringanan di situ, yg diharuskan namun masih dalam batasan syariat..so, terpulanglah pada kalian semua..aku? hehehe..we'll see..hajatnya nak ajar Kauthar menari sama, maklumlah pd 27 Mac lepas dia dah dapat 'kaki'..so, bolehlah ummi dan dia exercise sama2.. :-).. jadi, ada baiknya kita bincangkan sikit lebih mendalam dgn rakan taulan yg sealiran..sekali lagi, tepuk dada, tanya iman , rite? Okeh..stop dulu..wassalam.

2 comments:

  1. sebaik2nya jangan dekati apa yang menyerupai atau menyamai org kafir sebab itu boleh mengundang spekulasi, tapi buatlah sesuatu tuh berdasarkan ilmu dan kefahaman kita. jangan buat sebab terpengaruh, kalau nak buat jugak buatlah dengan cara sendiri..sekadar untuk bersenam dan mengeluarkan peluh,ok jer.jangan buat kerana benda lain pulak sudah..keperluan dengan kemahuan tu biar tahu dibataskan.

    ReplyDelete
  2. Qalam Ku..terima kasih atas pandangan dan nasihat. InsyaAllah, akan sy perbuat sesuatu itu based pd ilmu dan kefahaman.. :-)

    ReplyDelete