3 of us...

3 of us...
Hubby, Baby Kauthar n Me.. :-)

Tuesday, March 1, 2011

Slide Ceramah Etika Dalam Perkhidmatan Awam

Salam to all readers..

Buat pertama kalinya saya cuba utk sediakan link berikut agar sesiapa yg inginkan perkongsian ilmu mengenai tajuk di atas, bolehlah download melalui link berikut.. :

Untuk makluman semua juga, slide ini ada saya nyatakan sumber rujukan di page yg terakhir (penting nih!) dan saya sangat2 berterima kasih kpd yg sudi berkongsi mengenainya dan terima kasih juga kpd yg telah menguploadkan tajuk berkaitan di internet dan ia akhirnya menjadi sumber rujukan saya juga.. :-) . Semoga ia menjadi saham akhirat utk kita semua...insyaAllah..amin.. 


Alhamdulillah saya telah dijemput memberi ceramah mengenainya oleh Pej SUK Trg semasa Kursus Induksi Modul Umum Bil. 1/2011 untuk Kumpulan II di Peladang Agro Resort, Setiu, Terengganu pada 8 Februari 2011. InsyaAllah, pada 15 Mac ini saya akan kembali memberi ceramah bg topik yg sama di Bukit Kluang Beach Resort, Besut, Terengganu bagi kursus yg sama juga, Bil. 2/2011 pula..


Semoga maklumat yg terdapat dalam slide saya ini dapat membantu menambahkan ilmu pengetahuan kita (selain sbg nota exam masa induksi, etc..hehehehe) dan yg penting juga moga ia dapat membawa kita ke arah penghayatan terhadap etika bagi seseorang penjawat awam dalam perkhidmatan..insyaAllah..amin ya rabbal'alamin..

Sunday, February 27, 2011

Skrip Emcee Untuk Dinner Serikandi - Bistari

Salam frens..again..ingatkan dah x sempat nak post skrip ni by today..alhamdulillah, siapkan dulu kerja2 opis then skrg ada kelapangan semula. So I'll paste this script utk dikongsi bersama semua.. (copy dari PC sendiri yer, bukan copycat dari mana2..). Ok, moga sahabat sekelian dapat membuat rujukan kot2lah one day kena jadi emcee..dan saya sentiasa berusaha utk memperbaiki mutu skrip serta cara penyampaian dan yg lain2nya dari semasa ke semasa..silalah berkongsi kalau2 ada yg nak kongsi juga pengalaman masing2 jd emcee.. ;-)



TEKS PENGACARA MAJLIS SEMPENA :

JAMUAN MAKAN MALAM SEMPENA LAWATAN BADAN AMAL KEBAJIKAN ISTERI WAKIL-WAKIL RAKYAT NEGERI MELAKA (BISTARI) 
KE NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN
PADA HARI JUMAAT, 25 FEBRUARI 2011, JAM 8.15 MALAM, BERTEMPAT DI PUNCAK GAMELAN, TINGKAT 12, PRIMULA BEACH RESORT, KUALA TERENGGANU

Bismillahirahmanirrahim...

·      Y.A.Bhg. To’ Puan Seri Hajjah Norliza binti Mahmud, Yang DiPertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri  Wakil –Wakil Rakyat Negeri Terengganu (SERIKANDI),

·      Y.A.Bhg. Datin Seri Datuk Wira Hajjah Asmah binti Abd. Rahman, Pengerusi Badan Amal dan Kebajikan Isteri  Wakil –Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI), merangkap Pengerusi Kelab Badminton Seri Murni (KBSM) Melaka,

·      Y. Bhg. To’ Puan Hajjah Halijah binti Ali, Isteri Kepada YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu,

·      Y. Bhg. To’ Puan Hajjah Rohani binti Abdullah, Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia  (PUSPANITA) Cawangan Negeri Terengganu,

·      Y. Bhg. Datin Hajjah Faziah binti Mohamad, Setiausaha Kehormat SERIKANDI,


·      Y. Bhg. Datin Haslina binti Ab. Rashid, Bendahari Kehormat SERIKANDI,

·      Y. Bhg. Puan Sarijah binti Abd. Hamid, Naib Pengerusi Kelab Badminton Seri Murni (KBSM) Melaka,

·       Ketua-ketua jabatan,

·      Semua Ahli Jawatankuasa  dan ahli-ahli SERIKANDI , BISTARI  dan  PUSPANITA,

·      Y. Bhg. To’ Puan-To’ Puan, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekelian.

·      Assalamu’alaikum WBT, salam sejahtera disulami mesra, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Terengganu...

·      Saya, Nuzulnisa binti Barudin pengacara pada malam yang berbahagia ini akan menemani dan mengiringi hadirin dan hadirat semua sepanjang perjalanan majlis yang sememangnya dinanti-nantikan ini.

·      Songket Terengganu tenunan tangan,
Banyak terdapat di Pulau Rusa,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga ukhuwah terjalin sentiasa.

·      Y.A.Bhg. To’ Puan Seri, Y.A.Bhg. Datin Seri Datuk Wira dan semua tetamu jemputan yang dihormati, bagi memulakan majlis, kita mulakan dahulu dengan makan malam yang diiringi dengan persembahan  tarian-tarian tradisional Negeri Terengganu Darul Iman dan juga persembahan nyanyian daripada artis-artis tempatan negeri ini sebagai halwa telinga dan pencetus kehangatan malam...

-          Tarian Gamelan (Topeng) -

·      Bagi persembahan pertama itu tadi, sedikit sinopsis untuk perhatian semua : Ia merupakan sebuah tarian istana yang asalnya di bawa ke Negeri Terengganu hasil perkahwinan Sultan Sulaiman dan Tengku Mariam. Ia ditarikan dengan penuh gemalai dengan tokohnya adalah Saudari Adnan Abdullah atau Mok Nang, sebagai penghidup seni ini. Pada asalnya, tarian ini hanya dimainkan di Balai Gamelan di Perkarangan Istana Kolam. Namun, keindahannya dipersembahkan pula ke khalayak umum bagi memperkembangkan lagi seni budaya istana ini.  Begitulah serba sedikit tentang Tarian Gamelan (Topeng) sebagai pembuka gerak tari warisan.

·      Seterusnya, kita akan dihiburkan pula dengan nyanyian-nyanyian merdu dan mempersona dari artis-artis tempatan negeri ini iaitu Saudari Harmira binti Yusoff dan YM Tengku Mohd. Shahrom bin Tengku Sulaiman.  

-Nyanyian -

·      Terima kasih kepada Saudari Harmira dan YM Tg. Mohd. Shahrom.

-Tarian Rodat -

·      Y.A.Bhg. To’ Puan Seri, Y.A.Bhg. Datin Seri Datuk Wira dan semua hadirin dan hadirat yang dihormati, persembahan tarian sebentar tadi merupakan sebuah kebudayaan rakyat yang dimainkan di majlis-majlis perkahwinan, kenduri serta pesta keramaian. Tarian dan muzik dimainkan dengan alunan dari kitab hadharah yang melambangkan unsur Islam dalam kebudayaan ini. Pukulan tarodat serta tari gemalai mak inang, menjadikan persembahan ini lebih menarik hati. Begitulah berseninya Tarian Rodat, seni warisan bercirikan Islam.

·      Kembali menghangatkan majlis makan malam ini, sekali lagi dijemput Saudari Harmira binti Yusoff dan juga Saudara Najib binti Hamzah iaitu merupakan bekas Juara Bintang Asli Kebangsaan Tahun 2007 untuk menghiburkan kita semua.

·      Terima kasih kepada saudara Najib Ali dan Saudari Harmira.

·      Penerus acara kita seterusnya para hadirin dan hadirat yang dihormati, dipersembahkan sebuah lagi tarian asli negeri ini yang berkonsepkan pemakaian kain songket yang terkenal sejak berzaman di Negeri Terengganu. Sebagaimana lirik nyanyian Biduanita Saloma, Pemuda pemudi kalau berkain songket, Alangkah indah berseri bertambah cantik, Kainlah songket tenun Melayu, Mula asalnya dari Terengganu. Terimalah, Tarian Songket.

-Tarian Songket dan Tarian Joget -

·      Tidak menjadi sesebuah majlis keraian jika tiada tarian joget sebagai penyeri dan perancak suasana. Oleh yang demikian, tarian joget yang dipersembahkan sebentar tadi adalah bagi menggambarkan keindahan dan keharmonian di Negeri Terengganu dengan kepelbagaian tempat yang menarik serta kerancakkan pembangunan di negeri bertuah ini.

·      Indah sungguh tarian Terengganu,
Seni tari warisan berzaman,
Tibalah kita ke acara yang ditunggu,
Ucapan mesra pengukuh ikatan.

·      Bagi meneruskan majlis ini, dipersilakan dengan penuh rasa hormat dan kasih, Y.A.Bhg. To’ Puan Seri Hajjah Norliza binti Mahmud, Yang DiPertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri  Wakil –Wakil Rakyat Negeri Terengganu (SERIKANDI), bagi menyampaikan ucapan aluan sebagai pembuka acara. Dipersilakan.

·      Ucapan -

·      Ribuan terima kasih tiada terhingga diucapkan kepada Y.A.Bhg. To’ Puan Seri di atas ucapan yang ringkas, padat lagi bermakna.

·      Seterusnya dengan penuh hormat  dan mesra , dipersilakan Y.A.Bhg. Datin Seri Datuk Wira Hajjah Asmah binti Abd. Rahman, Pengerusi Badan Amal dan Kebajikan Isteri  Wakil –Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI), untuk menyampaikan ucapan balas bagi penerus acara. Dipersilakan.

·      Ucapan –

·      Ribuan terima kasih tiada terhingga diucapkan kepada Y.A.Bhg. Datin Seri Datuk Wira di atas ucapan balas yang sangat menarik  itu tadi.


·      Y.A.Bhg. To’ Puan Seri, Y.A.Bhg. Datin Seri Datuk Wira dan semua tetamu jemputan yang dihormati, majlis akan diteruskan lagi dengan acara penyampaian cenderahati, sebagai tanda setulus hati, buat kenang-kenangan  pabila kita berpisah nanti.

·      Dipersilakan sekali lagi Y.A.Bhg. To’ Puan Seri Hajjah Norliza binti Mahmud  bersama-sama Y.A.Bhg. Datin Seri Datuk Wira Hajjah Asmah binti Abd. Rahman untuk naik ke pentas.

·      Majlis dengan penuh hormat, menjemput Y.A.Bhg. Datin Seri Datuk Wira Hajjah Asmah binti Abd. Rahman bagi mewakili BISTARI untuk menerima cenderahati daripada SERIKANDI.

·      Seterusnya majlis menjemput pula Y.A.Bhg. To’ Puan Seri Hajjah Norliza binti Mahmud bagi mewakili SERIKANDI untuk menerima cenderahati daripada BISTARI.

Hendak tidur, tidurlah mata,
Jangan dikenang si buah hati,
Malam ini kita berjumpa,
Hari esok bertemu lagi.

·    Sekian, sebelum mengundur diri, saya menyusun 10 jari memohon maaf andai berlaku khilaf..yang baik itu datangnya dari Allah SWT, dan yang lemah itu datangnya dari kekurangan diri saya sendiri.

·    Wabillahitaufikwalhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahiwabarokatuh.       Selamat malam.

Dinner Serikandi - Bistari pada Jumaat, 25 Februari 2011

Salam semua... (well, I'm using this greeting again..sebenarnya x salah jika guna Salam @ As Salam..kiter citer semula nanti yer :-) )

Ok..utk entry kali ni it will be divided into 2 parts..satu masa raptai dan majlis berlangsung, satu lagi skrip teks sebagai emcee..atau pengacara majlis. Tapi, i dun have so much time to elaborate bout this, so i juz upload some pixies utk tatapan semua.. Cuma sedikit info, majlis ini bertujuan utk meraikan kedatangan deligasi Bistari iaitu Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka dan juga Kelab Badminton Seri Murni Melaka ( KBSM ).. dan Kerajaan Negeri Terengganu sebagai penganjur utama dengan kerjasama Serikandi iaitu Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu yg telah diadakan di puncak Gamelan @ Top Of The World, Primula Beach Resort tepat jam 8.35 malam..so hope u guys enjoy!


Semasa raptai jam 4.30 pm..Kombo Aseni sedang berlatih..


YM Tg Mohd Shahrom, Saudari Harmira dan Saudara Najib Hamzah, artis utk dinner yg sedang berlatih lagu Cek Mek Molek..malatop! Rasa nak bergelek u! ;-p


Ehem..sempat lagi posing dgn Nadia, anak saudara ex-officemate..dah lama x jumpa n kat majlis ni jugak kita jumpa ye dik..psssttt..teman siapa tu? hihihihi...


Urusetia tgh pening kepala susun kad2 tagging utk VVIP nanti..ini baru kad tagging, belum lagi masa empunya diri yg hadir atau tak malam nanti...


Eh-eh..gambar meja pun kena snap gak tau..tengok tu, kad tagging bersusun-susun kat sebelah kanan...


Close up sikit....konon2 test skill guna 'depth of length' yg ntah hapa2..using my Lumix..maklumlah, abg ijat suruh up sikit gambo..hehehehe




Ha..alhamdulillah sempat sampai sebelum waktu acara berlangsung, maklumlah acara Sure Heboh telah menyebabkan jalam jem giler...ni aku tgh diskas dgn Kak Gee..merangkap Ketua Urusetia @ kawan baik.. ;-)



                                                Posing dulu apa2pun..shenyummm... :-D


Barisan urusetia wanita yg memang bagus buat kerja..sgt dedikasi..tahniah semua yer.. -tak larat dah aku nak kempiskan perut masa bergambo..eh, terlupalak ada isi...hihihi :-)


Itu dia..itu dia..mak buyung baru memulakan tugas rasminya...kat belakang tu Encik Zamili merangkap stage manager..kalau takda dia payah jugak job aku malam tu..


Eh..kenapa aku senyum temewekk tu? Ehmm..sebenarnya dah tersilap sebut perkataan gandaan..patut isteri wakil-wakil rakyat, bukan isteri-isteri wakil rakyat...aduihhh...takpe2..minta maaf dulu apa2pun..sib baik big boss reply my sms minta maaf : Ok, dimaafkan.. syukur.. :-) (antara cabaran2 spontan yg berlaku semasa majlis berlangsung..huhuhuhu..cover balik pahni!)


Ok..jgn lupa air minum utk emcee..selit2 antara hadiah tu xpe, jgn nampak obvious sgt..x blehhh..one more, perlu dapatkan kerusi sementara menunggu persembahan..tapi utk mlm ni, kerusi emcee kat meja makan turut direservekan..nampak meja kat belakang tu? Ha..situlah tempatnya..tukang amik makanan? En Zamili of course! :-p


Tgok tu..sempat musician kita posing pegang biola! Lalalalala...! * Sekalung tahniah utk kombo Aseni dan penari2 serta artis2 dari Briged Seni yg mempaperkan persembahan yg sgt2 superb! Tapi sayang, x ingat nak pesan kat En Amin supaya tolong snap gambar persembahan2 diorg.. :-(


Sempatlah sekeping gambar show pd malam tu..Saudari Harmira mengambil tempat..dah namanya artis, suara Mira mmg memukau! :-)


Taken from my BB hp..ucapan aluan dpd tuan rumah oleh Y.A.Bhg To' Puan Seri Hajjah Norliza binti Mahmud..YDP Serikandi..


Also from my BB..ucapan balas oleh Y. A. Bhg. Datin Seri Datuk Wira Hajjah Asma binti Abd. Rahman..YDP Bistari merangkap Presiden KBSM..


Orang kuat malam tu..antara urusetia lelaki yg bertuah dapat masuk majlis ni.. En Muhaimin @ Amin..asalnya he was my staff masa kami handle e-Aduan negeri dulu..skrg dah berpecah, aku kat JPBD dia kat Korporat SUK..tenkiu amin! ;-) (diala photographer yg pegang 2 kamera dlm 1 masa mlm tu..including mine!)


Ok..dah habis majlis..apapun sempat posing dgn rakan seangkatan..Puan Nazuha dan Cik Azilia yg bertugas sbg Liaison Officers spjg program selama 3 hari..

Sebenarnya masih byk acara menarik pd malam tu..and some of them aku snapped using my BlackBerry..antaranya mcm di atas adalah  ucapan daripada Y.A.Bhg To' Puan Seri Hajjah Norliza binti Mahmud (YDP Serikandi merangkap isteri kepada YAB Menteri Besar Trg) dan Y. A. Bhg. Datin Seri Datuk Wira Hajjah Asma binti Abd. Rahman (YDP Bistari merangkap isteri kepada YAB Ketua Menteri Melaka).., yg x ada mcm tarian-tarian asli Terengganu dan surely poco-poco! Ada yg boleh ditunjukkan di sini dan ada yg tak boleh..siapa2 yg biasa dgn majlis tertutup mcm ni fahamlah kenapa.. :-)

Ok..itulah dahulu utk part 1..nanti sambung part 2..tata..! Wassalam.. :-)

Monday, February 21, 2011

Kumpulan Fasilitator dan Penceramah

As Salam...semua!

(P/s : greeting baru yg baru sy ketahui maksudnya adalah lebih baik dari perkataan "salam" (bermaksud selamat tinggal) yg sentiasa sy gunakan bg menggantikan Assalamu'alaikum WBT)..masih, saya mengharapkan agar yg sebenarnya perkataan dan maksud dikhabarkan kpd saya yg masih naif.. Dulu, sy sentiasa memberi ucapan sejahtera itu dalam sms dgn menggunakan ayat penuh..kemudian bila terbaca ada yg menyebut perkataan  "salam" boleh digunakan sbg singkatan, sy gunakan dan kini bila ada yg memaklumkan "As Salam" adalah lebih tepat, maka saya mula mengamalkannya..baru sahaja 2,3 hari..dan sy ulangi, saya masih mencari dan mencari yg sebenarnya..ada sesiapa boleh bantu? terima kasih sy ucapkan..)

Baiklah, sementara saya menantikan jam berdetik hingga ke pukul 11 dan sementara kerja2 opis telah diselesaikan pagi ini, saya masih mempunyai masa utk menulis sesuatu ttg topik di atas.. Sebenarnya, sy masih belajar dan mencari2 cara utk saya meng'uploadkan' slide powerpoint saya ke dalam blog ini..juga, kalau masih ada yg sudi membantu harapnya sudi memberi sy tunjuk ajar..P/s : saya telah mengformatkan slide itu ke dalam bentuk PDF..masih, terawangan juga...hihihi... dan jam 11? saya akan ke KL utk meeting di HQ esok..leaving behind my two beloved person for a while...sedih, tp sy mesti kuat! Utk sehari sahaja, sedangkan sebelum ini pernah tinggalkan mereka atas dasar kerja selama seminggu dan ada 2 minggu straight!  (Berdoa dalam hati agar tidak akan tingalkan mereka lama2 lagi dan berpeluang membawa mereka bersama jika saya berkursus atau meeting lagi nanti...amin ya rabbal'alamin..)

Okay, back to the topic..saya tidak bercadang mengulas panjang hal ini, cuma nak uploadkan gambar kenangan dulu kala..masa masih single dan belum menjadi suri serta bonda orang.. Cuma, sedikit makluman, kenapa saya tiba2 teringat ttg topik ini kerana 1) Pd 8 Feb 2011 yg lepas sy kembali semula berceramah utk Kursus Induksi Modul Umum Bil. 1/2011 Untuk Kumpulan II di Peladang Agro Setiu Resort dan 2) semalam saya berurusan dgn pegawai dari JHEAT..rupa2nya saya dimaklumkan bahawa pegawai yang bakal saya berurusan nanti (untuk urusan yg masih belum selesai) adalah kawan seangkatan semasa TOT Islam Hadhari, Terengganu Bestari dahulu...nampaknya dunia ini kecil sahaja dan moga urusan itu nanti dipermudahkan oleh Allah SWT...amin.. baiklah, ini adalah 2 keping gambar utk tatapan...


Hanya 2 peserta wanita ketika itu, saya dan Puan Sajulia Ahmad..semasa kursus TOT Siri 1/2005 bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson..

Kalau ada yang kenal, ada 2 orang dlam gambar ini merupakan pegawai dari syarikat latihan Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah yg menjadi 'tutor' kami..maaf saya terlupa nama mereka. Yg saya maksudkan adalah yg duduk 3 dari kiri dan berdiri belah kanan hujung sekali di belakang saya. Masa ini, kami dilatih, diberi panduan dan akhirnya diuji kemampuan serta kemahiran berceramah sebelum kami diluluskan utk menerima sijil tauliah..ada beberapa siri lagi yg perlu kami lalui sehinggalah...



Ini adalah semasa majlis pentauliahan kepada penceramah/fasilitator yang diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Tingkat 17, Wisma Darul Iman..mantan MB ketika itu, YAB Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh menyampaikan sijil kepada kami semua...

Selepas majlis ini, barulah kami layak utk memberi ceramah  dan seingat saya sepanjang tahun 2005 hingga 2007, hampir setiap bulan saya dijemput berceramah kpd para peserta yg terdiri dpd kakitangan PBT seluruh negeri, PMINT dan pejabat tanah serta daerah seluruh negeri..tempat kursus yg biasa saya hadiri adalah di Angullia Resort, Seberang Marang. Dan kini, setelah saya 'berehat' seketika pada tahun 2009-2010 saya kembali menjalankan salah satu tugas yg amat saya minati..mungkin, bakat ini diwarisi dari ayah dan bonda saya yang merupakan bekas guru dan bonda saya kini merupakan ahli politik di kampung halaman saya..Cukai, Kemaman. Agak2nya, anak2 saya akan mewarisi saya juga tak? InsyaAllah..kerana hubby juga sering menjadi emcee dan terlibat dalam tugas2 PR di jabatannya..insyaAllah..

Sedikit petikan dari Tun Mahathir yg saya suka membacanya dan sy ubah sedikit supaya bersesuaian dgn topik saya ini..

"Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti... saya akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan oleh saya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki saya akan jadi saksi..."

Oklah, itu sahaja utk setakat ini..saya perlu bersiap dan breakfast dulu sebelum berangkat..jumpa lagi nanti..!

Wassalam..