3 of us...

3 of us...
Hubby, Baby Kauthar n Me.. :-)

Thursday, October 28, 2010

Sepanjang Oktober 2010

Salam buat semua...nampoknya Oktober akan berakhir x lama lagi..dan bakal menjadi antara kenangan terindah, insyaAllah..antara yg berlaku dlm bulan ini pada tahun 2010 ni :-

1) on 1st Oct officially i became as one of the family of JPBD Trg's Dept...tempat jatuh lg dikenang.. :-) namun, berpindah ke sini penuh dgn perasaan yg bercampur baur krn semuanya berlaku dgn tiba-tiba namun yg positifnya, ini adalah rezeki dari Allah SWT buat kami sekeluarga..i keep telling myself dat my life is lead by me..no other! ( 01.10.2010 )

2) on 10th Oct, Kauthar was 10 months old..all bout 10 babe! Once, in a lifetime.. Umi n papa luv u sayang! :-)        ( 10.10.10 )

                                            Photo taken when Kauthar genap 10 bulan..10.10.10.. :-)

3) on 20th Oct..audit 5S and succeed! Being the 1st in Wisma Negeri to get the 5S cert is really cool..Tahniah buat semua warga JPBD Trg atas usaha, kerjasama n komited...saya hanya mampu menyumbang dgn tak seberapa dari segi 5S di bilik saya sahaja...harapnya kecemerlangan dapat terus dikekalkan dan dipertingkatkan...Caiyuk! ( 20.10.2010 )

                                                           @ My room..JPBD Trg. :-)

4) on 20th to 25th Oct, ke Kota Bharu bagi Program Peningkatan Kerjaya dan Sukan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kelantan, Kedah, Johor dan Terengganu..involved with bowling dan managed to get 4th out of 12th teams..partner dgn Puan Normah Nik. Alhamdulillah, catatan skor peribadi lepaslah haji  tp kena improve lg..tgulah kalau ada kesempatan di Kedah lak nanti..insyaAllah..

                                     TCS wanita di Hotel Riverview..semasa majlis perasmian

                                                            Tuan guru di pentas utama..

Our team..berdiri dari kiri, Puan Najihah (Pej. Tanah Marang), Puan Suhailawati (Pej. Tanah KT), Puan Normah Nik ( Pej. MB Trg). Duduk dari kiri, Puan Norliza (PTG), Cik Kamilah (Pej. Tanah Kemaman), Me n Puan Sophia (MPK)..tiada dalam gambar Puan Siti Mariam (Pej. Tanah Setiu) dan tukan amik gambar, Puan Maldiana (PTG)..tak tinggal..hehehe

TCS's bowlers..(exclude team lelaki yg main kategori terbuka mlm esoknya)  berdiri dari kiri, En Suhaimi (coach), Me, Hj. Zulkifli Abu Bakar (UPEN), En. Ishamudin (UPEN), Hj. Kamarul Amin (YIT), Hj. A. Rahman Yahya (MPK), Hj. Zulkifli Mohamad (ECER / Presiden TCS) dan En. Che Rani (UPMN). Duduk dari kiri, Puan Suhailawati, Cik Kamilah, Puan Najihah, Puan Siti Mariam, Puan Normah, Puan Sophia dan Puan Norliza..tahniah cuz semua mendapat tempat 5 ke atas kategori VIP lelaki, VIP wanita dan terbuka wanita.. :-)

                                                 Cenderahati bowling selain 2 lagi hadiah lain.. ;-)

Ada sedikit yg aku rasa  ralat dari segi pengundian dan penglibatan pemain yg ditetapkan oleh urusetia..semangat ahli yakni PTN itu sendiri sedikit terjejas krn keluarga turut dibenarkan bermain..namun atas semangat kesukanan, ketetapan ini haruslah dipatuhi dan aku akur dengannya..biasalah, mana-mana urusetia pasti akan ambil peluang untuk advantage masing2..faham tuan!

Dan antara yg aku rasa happy sgt cuz en suami dan cik baby selamat sampai walau travel berdua sahaja all along the way from KT to KB! Sempat hubby tukar pampers Kauthar kat Masjid Padang Luas..hasilnya, no stocking n no pants..only shirt n pampers yg tinggal for Kauthar masa diorg sampai..cool...luv u benbies..!


Kauthar n papa at KTC.. time tu Kauthar tgh khusyuk tgok TV tp umi sibuk suruh diorg posing! :-D
  
Then kami guna kesempatan di sana utk pusing-pusing bandar KB yg memang best..! 12 jam kuar hotel (stayed at Kelantan Trade Centre) dan after match antara Kelantan n Kedah baru lepas utk masuk hotel.. Lunch @ stadium (yummy nasi ayam!) - SSF - KB Mall - Solat jamak di Masjid Ismail Petra - Wakaf Che Yeh yang syiok! - Dinner @ New Horizon ( mcm Paradise Deluxe kat KT) - Balik hotel.. then bersih diri, solat, packing cuz early morning kena balik KT..yg pasti suasana mlm tu mmg havoc cuz penyokong kelate berarak atas jalan, bunyikan hon sampai awal pagi tuh!

@ Bundle Wakaf Che Yeh..kucing tu jinak tol. Kauthar also loves cat mcm papa n umi..meow!

Penyokong kelate yg berarak atas jalan dgn kenderaan masing2..view from our room @ 16th floor..


                                                          View semasa awal pagi...


                             Luv this scenery..nampak kabus putih di kaki bukit tu? Chantiq....Subhanallah..


Dikesempatan ini, aku nak ucapkan TERIMA KASIH pada Kak Zah (PA Kepada Isteri MB Kelantan) yg sudi bawa aku ke PCB untuk tea..kami kenal masa Mesy Raja-Raja di KL this year dan moga ukhuwah ini berkekalan selamanya.. Yang pasti, ucapan Tuan Guru semasa majlis perasmian pula mmg bersahaja, tajam menikam diselangi unsur2 humor dan pastinya hal2 agama menjadi intipati ucapan..TAKBIR! :-)

5) On 28th Oct, Bacaan yassin jabatan.. yg best, sempat posing tue..terima kasih kepada Chef iaitu Kak Da n suami, En. Sabri serta para staff yg membantu segala persiapan..ianya tak seberapa dari saya sbg tanda kesyukuran atas rezeki Allah SWT..namun melaluinya kita mengeratkan ukhuwah dan mencipta kenangan..TERIMA KASIH!
                                            Para jelitawan JPBD Trg berposing.. :-)

                                                          Posing lagi...

                                                         dan lagi...hihihi... ;-)


                                              Sesi makan...

                                                        Makan lagi..

                               Pemangku Pengarah, Tn. Hj. Mokhtar Samadi bersama para pegawai..

Me, tgh cedok nasi..eh..siapa kat belakang tu? Hihi..terima kasih pd photographer bidan terjun, En. Jamal n En. Suhaidi..

                                                         Makan..jangan tak makan..sempat tu posing!

Hmmm...rasanya itu sahajalah buat masa sekarang, semoga enjoy membaca entry yg mungkin agak panjang nih..eheh! Dan selamat menjamu mata dgn gambar2 yg disertakan bersama..Oktober 2010 antara kenangan terindah buatku :-) Sekian... Wassalam...

Thursday, October 7, 2010

Sajak..Secangkir Madu Kasih..

Salam..hye semua...seperti yang dinyatakan dalam post sebelum ni, now I'll let u all read this poem which 1 of I love most! Sebelum itu..Sekarang, sesudah bergelar isteri, semestinya sajak ini I dedicate it to my beloved hubby Ahmad Hafiizhi Alilah..

Dan, sekadar berkongsi rasa...Sungguh, dalam melayari sebuah bahtera pernikahan..mendirikan mungkin sukar bagi sesetengah orang dan ada juga sebaliknya..tapi percayalah bagi semua yang melaluinya, untuk mengekalkan kerukunan itu, ia lebih sukar..cabaran dan ujian akan datang dan pergi bila-bila  masa sahaja..bermakna, setiap saat dan waktu kita perlu berkerja dan berusaha untuk menghadapinya agar setiap ujian itu dapat diatasi..bukan itu sahaja, jadikan pula ia sebagai panduan bagi menghadapi cabaran-cabaran yang lebih besar di masa akan datang..namun ini semua ketentuanNya dan cubalah hadapi dengan penuh kesabaran dan akal tenang..* Tips: kamu tidakkan pernah tahu dan fahami situasi ini sehingggalah kamu sendiri yang melaluinya...Kepada yang masih single, jangan takut untuk mendirikan masjid..kerana berdua itu lebih baik!

SECANGKIR MADU KASIH...

Kasih...
Secangkir madu kuhimpun untukmu
Tetap tenang di danau hatiku...
Dihiasi indah kuntuman bunga-bunga cintaku
Dengan kicauan burung yang berlagu rindu

Kasih...
Cinta mungkin datang dan pergi
Namun...
Biarkan ia menjelma sendiri
Makin dinanti, mungkin jauh ia pergi
Sabar di sini, seperti dekat di sisi...

Kasih...
Biar sang unggas senda berlagu
Pada diriku yang setia padamu
Sampai waktu cintakan bertamu
Menghias indah di kehidupan aku dan kamu
Usah putus harap, padaNya YANG SATU...
Tanpa kita jemu, usah kita keliru...

Kasih...
Tika waktu deras berlalu, bak air menderu
Walau musim silih berganti
Datang dan pergi...
Seperti camar yang terbang tinggi lantas kembali
Untuk sekian kali...namun...
Takkan pernah mengubah rasa
Takkan menghakis pudar warna

Kasih...
Walau sang semut telah terhidu
Meski sang lebah berlegar disekelilingku
Tarian indah dari si kupu-kupu
Namun tiada kesempatan untuk semua itu...
Kerna maduku hanya untukmu...

Kasih...
Cangkir maduku hanya satu, tidak beribu
Jika itu kau tanyakan padaku...
Niatku tulus buatmu...
Kerna itu yang kutahu dan tetap itu yang aku mahu
Kerna cintaku hanyalah satu
Dan yang satu itulah aku persembahkan buatmu

Kasih...
Biarlah niat cinta
Untuk YANG ESA...
Kerna secangkir maduku adalah dariNYA
Dengan IZIN..tak akan pernah tersisa...

Madu Untuk Kekasih...Mba Nujul
7.51 am - 30 November '03... Bakau Tinggi.


Tuesday, October 5, 2010

My New Place..My New Life..

Assalamua'alaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam 1 Terengganu..ops! Well..well...dah lama tol x blogging n here I'm back..! ;-) . So, mcmana persiapan raya anda semua? Me, ok alhamdulillah..raya tahun ni lebih bermakna n meriah cuz dah ada Baby Kauthar, kami pakai baju sedondon n most important dapat beraya sakan di rumah mak n mom in law..(tahun lepas, raya ke-6 baru balik Kemaman..).

Actually, I'm rushing to go for my bowling training this 3 o'clock..as the preparation for Sukan Pegawai Tadbir 4 Negeri (trg, kelantan, johor n kedah..2 govt, 2 pembangkang! hihi!) at Kota Bharu this coming 20th - 25th Oct..wish me luck neh? Dan dikesempatan ini, sesuai dgn tittle bagi post ni..I'm back to PLANNING! Whoaaa...only Allah knows how I feel n how grateful I am to be back here after 6 years of studying this course (1998-2004), 6 years of leaving it (working in different fields : 2004-2005-politic, 2006-2008-administration, 2009-2010 politic + admin n now doing totally admin again.surely, I'll try to take this opportunity to get in touch with Planning again..insyaAllah..).

Why I'm here? Well..it's not hard to say but in this situation the best I can say is : This is the best for me after all I've been through..kamu tahu, kalau aku tak buat pun, orang tetap akan kata n apatah lagi kalau aku buat, still orang akan kata juga. So what? I lead my life n I'm always grateful with it..terima kasih Allah SWT..I'll try my best in whatever I'm doing..aku tidak mahu, sebelum menutup mata ada yang belum dilangsai..tidak mahu juga di akhirat kelak dipersoal dengan tindakan-tindakan yang tidak baik semasa di dunia ini sedangkan aku mampu untuk menghindari dan turut berharap agar amanahku sebagai seorang Pegawai Tadbir Negeri, dapat dilaksanakan sebaik mungkin (walau kadangkala perlu berani menyatakan kebenaran yang pahit..serta berani jualah menanggung risikonya..) kerana semakin tinggi seseorang, semakin besar ujian dan tanggungjawabnya dan rugilah jika dikedudukan ini aku tidak mampu melaksanakannya dengan sebaik mungkin..tepuk dada, tanyalah iman!

Dalam pada itu..ada yang lebih menarik dan 'menyegarkan' aku kembali which is masa tengah-tengah berkemas kat office baru..I found my old = long time lost a collection of my meaningful poetry! Alhamdulillah..pernah, aku rasa ralat sangat masa kehilangan koleksi ini kerana semasa menulisnya seakan melepaskan gejolak rasa yang pelbagai dalam diri..Ada satu sajak tu yang aku cadang untuk hadiahkan kepada bakal suami di hari pernikahan (masa tu dunno who will be la..hihihi) tapi hilang..and tup-tup ada balik..so check it out ukey? :-)

Dan, sebelum post diakhiri..al fatihah buat yang dikasihi, long time friend..Allahyarhamah Puan Suria Wardah binti Hashim dan Pengarah JPBD (my current office) Allahyarhamah Puan Hajah Khatijah AO Mohd. Shafie..moga kalian ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..bersemadilah dengan tenang kerana tugas kalian sebagai khalifahNya telahpun selesai dan kami yang masih bernafas ini masih perlu bertanggungjawab atas setiap tindak tanduk kami yang penuh dengan kekhilafan..Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosa kami ini, baik yang telah lalu, kini dan jua yang mendatang..Amin Ya Rabbal'alamin...

Tuesday, September 7, 2010

Pursuing My PhD..Syawal Menjelma, Ramadhan Dirindui..

Salam...it's been a while i did not update my blog..busy la..huhu..apapun alhamdulillah sebab sempat juga jot down something b4 Syawal menjelma dan bermakna blog juga akan berehat seketika..hehehe...

Now, i just want to express my feeling bout pursuing my PhD.. (Yesterday, aku sempat berborak pendek dgn KPSU (PSM) hal ni..Tuhan jer tahu betapa mahunya aku menyambung pelajaran lg sbb itu memang hasrat aku dr kecik ..) If God's willing..aku nak sambung juga PhD yg pernah tertangguh atas sebab2 yg tak dapat dielakkan.. I remember, my old time fren, Zainal Sufri pernah bgtau aku, he wanted to see me to become the first from our Town Planning Batch : Plannergizer, to get the PhD..until now, i still remember his words..insyaAllah Nal, kalu ada rezeki aku sambung gak..benda lambat atau cepat aje..samala mcm jodoh..hehehe. namun aku tetap bersyukur n berbangga cuz Eija (Puan Norhazliza bt. Ab. Halim) , our coursemate skrg menjalani PhDnya sekarang di Aussie..plus, rezeki berganda dapat pula baby girl..ALL THE BEST TO YOU DEARIE FREN! :-)

Dulu after finishing my Master, peluang dtg sekali tp aku tak sihat..then kerja..bila kerja, peluang dtg lagi tp seru kahwin dtg dulu..hehe..n recently, peluang tu dtg lg..i REALLY want to grab it BUT still  ada yg lebih berharga dan perlu diberi keutamaan ketika ini..rumahtangga dan anak dara aku..Nabila Kauthar..Hubby? of course he's the 1st dlm rank aku..hehehe..Tunggulah, i give myself in 10 to 15 years time..masa tu Kauthar n adik-adiknya..(heee...insyaAllah) dah besar n gred aku pun dah naik..(repeating wat i told my boss yesterday..tgulah Hj....till sy naik 48 ker, 52 ker..skrg ni baru 44...tok rok lg..n dia gelak jer) Bukan apa, masa 48 n ke atas nanti benefit utk sambung belajar ni katanya meluas sikit..leh cover family..betul ker? Kalu betul, ada pulak contra nyer..otak aku masa tu larat ke nak blaja lg? Aloslas..Apapun, doakan aku yer..

Apapun, hendak seribu daya..x hendak seribu dalih. Kita pula hanya merancang n Allah SWT jua yg menentukan. Entah aku masih bernafas ketika itu atau tidak, tiada siapa yg tahu..sbb itu prinsip aku dr dulu..hargai n nikmati momen-momen yg sedang dijalani..sayang seseorang pula, sayanglah dengan ikhlas hati dan hargai semasa dia berada..buat sesuatu kerja, buatlah dgn sebaik mungkin utk hasilkan yg terbaik. Seterusnya, berserah n bertawakkallah pada ALLAH SWT..lepas tu, kalau tak jadipun, at least kita dah berusaha krn sesungguhnya Allah sahaja yg tahu terbaik utk kita..mungkin baik bagi kita tp tidak sebenarnya dan buruk bagi kita tp tidak juga sebenarnya..bersederhanalah dlm apa jua..

Sebelum menutup bicara..aku nak menggunakan peluang ini untuk memaklumkan kpd kawan2 yg mengenali Puan Suria Wardah Hashim..yg beliau kini berada dlm wad ICU di Kuantan Medical Center..atas sebab apa aku x pasti, namun dari sumber yg aku dapat beliau mungkin dijangkiti kuman di peparunya..(TQ for e info Syarifah Fazlin!). Semoga Suria akan segera sembuh dan kembali bersinar bak suria yg terbit di waktu pagi dan menerangi seluruh alam ini..kami menyayangimu dan mendoakanmu sentiasa..semoga Suria diberi kekuatan dan dilindungi Allah SWT selalu..Amin Ya Rabbal'alamin..

Pengakhiran sementara..Selamat Menyambut Aidilfitri 1431H..Syawal bakal menjelma dan Ramadhan bakal dirindui..Maaf Zahir dan Batin buat semua dr saya, suami (Ahmad Hafiizhi Alilah) dan baby Nabila Kauthar.. jangan lupa, berhati-hati dijalanraya.. sampai jumpa lagi!

Thursday, August 19, 2010

Mencintaimu.. (dedicated to my Hafiizhi..)

Mencintaimu,
Sungguh dan benar dari hatiku yang terdalam

Mencintaimu,
Bukan sekadar engkau suami dan aku isteri
Namun ia lebih dari itu
Aku amanahmu dan engkau amanahku
Amanah itu datangnya dari tuntutan Khaliq Yang Esa..

Mencintaimu
Tidak bermakna jika aku hanya menurut
Juga tidak bermakna jika engkau cuma mengikut..
Cinta mungkinkan meluka
Tapi cinta itu jualah
Membangkitkan kita tuk jalani hidup

Sayang,
Tidak aku mencintaimu hanya kerna dirimu semata
Tapi kerna cintaku padaNYA
Yang mentakdirkan kita bersama
Jalani hidup sebagai umat jua khalifahNYA...

Cintailah aku jua
Bukan kerna siapa, tapi
Kerna..DIA..


Sayang sama kamu...
~ 8 Ramadhan 1431H @ 19 Ogos 1431H..10.30pm ~

Wednesday, August 11, 2010

Cuci Mata @ Lafonis..

Semalam, sbg penutup petang 'megang', after having our dinner kat Noodle Station we went to Lafonis..well, best gak leh masuk kedai mainan nih..maklumlah zaman aku dulu mana ada semua ni..yg seronoknya ada beberapa mainan yg aku rasa really interesting n very interactive..kiranya, kalau nak develop child punya perkembangan minda n fizikal..toys di sini boleh dibuat pertimbangan.
Cuma, dalam usia Kauthar yg baru 8 bulan, toys kat sini x berapa sesuai dgn umo dia cuz mostly mainan kat sini utk 2 years above.. Apapun, ada few things yg aku rasa berkenan dan akan datang semula kedai ni utk decorate bilik anak aku nanti (erm..hubby yg aku buat decorating ni cuz he's good in dat..eheh!)..di samping tu, sempat daftar membership sementara free kata adik penjual tu..(maklumlah kedai baru buka..situated @ Jalan Tok Lam).

Guys, sesiapa yg berminat utk tahu tentang kedai nih, please visit http://www.lafonis.com.my/ and di sini aku upload some pics yg menarik pandangan aku..rasa2, nanti dengan aku2 sekali main benda nih kalu dah ada kat umah nanti..hehehe..harga? Serendah RM6 ke atas x silap aku til riban2 nyer harga..mau kena menabung dulu nih..not juz toys provided tp almari serbaguna pun ada gak..katanya brg mainan ni dari Spain dan aku tgok lemari tu made in Thailand...layan jer..! Keselamatan pulak..aku rasa ok, x da tajam2, besi2 sgt..kira kadar kecederaan tu very minimumlah..hopefully..

yg nilah aku kata maybe dgn aku2 sekali masuk dlm palace nih..itu pun kalu pintu tu muatla..

antara design utk dilekat pada dinding..katanya using double sided tape..

                                                                 mainan + alat senaman...

buku yg mediumnya dr kain..boleh colour2 using magic pen yg diberi..then boleh basuh dgn air utk hilangkan balik warnanya tu.. I like this!


ini pulak bawah manipulative toys category..suka tgok warna2 ni..

So, apalagi guys..silalah mencuci mata dgn mainan yg saangaaatt menarik nih.. Pastu boleh ajak seisi keluarga main sama2..barulah ikatan kekeluargaan segar n mesra sentiasa...hihihihi.... ;-D

Sunday, August 8, 2010

TWO IS BETTER THAN ONE Lyrics - BOYS LIKE GIRLS

TWO IS BETTER THAN ONE Lyrics - BOYS LIKE GIRLS

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Menyingkap Tirai Ramadhan Al Mubarak 1431H...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dalam 3 hari sahaja lg umat Islam akan menyambut bulan Tuhan..Ramadhan Al-Mubarak 1431H. Namun, anything can happen within dis period and am i still breathing til dat time come..or could i complete my fasting til the month end? Semuanya bakal terjadi dgn izinNya..apapun, teringat kisah bagaimana gembiranya para sahabat Nabi menyambut ketibaan Ramadhan pada tahun berikutnya. Moga, kita diberi kesempatan utk menyambut Ramadhan 1431H dan seterusnya serta mampu melaksanakan amal ibadat yg terbaik di bulan yg penuh berkat ini..insyaAllah..

Here, i would like to share some with all of u especially the ladies who are gonna be a wife n a mother soon..dgar baik2 yer..based on my experience, once we carry the 'Puan' tittle, we have to bear in mind dat things are not gonna be the same as previous..dulu, lepas isya' aku akan buat solat sunat taubat dan solat sunat hajat..at least in a day, akan ada bacaan Quran at least selai sehari n the most 1-2 juzuk jika juz pendek2..but now, to read selai Quran sehari itu dah kira cukup bagus..n sometimes after zuhur di opis, i'll perform solat2 sunat cuz kalu kat umah might tak sempat..tp itupun tak selalu..em.. rugiker berkahwin ni?

TIDAK! sekali2 TIDAK!..sebenarnya, to carry out a duty as a wife n a mother, setiap perbuatan yang kita buat waima memicit suami pun sudah dikira pahala jika diniatkan ikhlas krn Allah SWT..(bang, sorry..jarang2 sgt dah dapat picit ler nim..he3x..) atau paling mudah pun hanya dengan senyuman atau dgn panggilan hormat manja pun insyaAllah dapat pahala..amin..lihatlah betapa adil dan sayangnya Allah SWT pada kita. Kerana, tak mungkin kita mampu beribadat bagai dulu krn kesibukan melayan suami dan anak namun Tuhan tidak mengurangkan sedikitpun pahala malah menggandakannya lagi andai kita tahu cara dan bagaimana..

So ladies..bila org kawin kitapun nak kawin, bila orang ada anak, kitapun nak anak..itu bagoss..tp ingat, semuanya perlu dilengkapi dgn kefahaman tentang tanggungjawab. Kerana, tidak semua tahu tentang tanggungjawab dan dalam perkahwinan ia menuntut pengorbanan yg bukan sedikit, namun berganda..tp hasilnya..insyaAllah lumayan bah! Baik dunia mahupun di akhirat..hanya perlu keikhlasan, persediaan mental dan fizikal serta kefahaman tentang dunia perkahwinan..ingat, bukan hanya sekadar : bila org kawin kitapun nak kawin, bila orang ada anak, kitapun nak anak..ok?

Lastly, ada sedikit info yg ingin aku kongsikan bersama dgn pembaca semua, kupetik dari Buku Asas-Asas Fardu Ain oleh Ustaz Sulaiman Endut, keluaran Pustaka Haji Abdul Majid :

1. Erti Puasa :
Puasa ialah menahan diri dpd makan, minum dan bersetubuh mulai dari terbit fajar shga terbenam matahari krn Allah SWT. Begitu juga hendaklah menahan diri dpd perkataan sia-sia, perkataan yg menimbulkan syahwat, perkataan yg diharamkan dan dimakruhkan menurut syarat-syarat yg telah ditentukan.. (ingat yer wahai diriku sendiri dan kwn2ku sayang..jaga2 dan hati2 dgn pertuturan kita dan semoga kita gunakan kesempatan bulan Mulia ini untuk memperbaiki tutur kata kita hingga ke bulan2 lain juga..insyaAllah..)

2.Hikmat Puasa :
a) Dapat melahirkan perasaan ingin tolong menolong, menyuburkan kasih sayang dan menginsafi kesusahan
    mereka yang kedaifan.
b) Melatih diri supaya bersifat sabar, kuat dan tahan menderita.
c) Melatih diri supaya bersikap amanah.
d) Puasa itu menyihatkan badan dan melatih diri supaya berdisiplin.
e) Puasa sbg tanda SYUKUR dan TERIMA KASIH kepada ALLAH SWT krn telah menurunkan
    nikmatNYA dan pemberianNYA yg tidak terhingga.
f) Puasa itu menguatkan iman kpd Allah SWT kerana iman kpdNYA menyebabkan kita menahan diri dpd
   segala keinginan syahwat pd siang hari dlm bulan puasa.
g) Mendidik jiwa mentaati sgala perintah Allah SWT.
h) Org yg berpuasa pd bulan Ramadhan itu dgn IKHLAS dan BETUL2 mengharapkan keampunan
    ALLAH akan diampuni Allah dosanya yg sudah.
i) Puasa meninggalkan jiwa keikhlasan pd diri org2 yg berpuasa.
j) Melatih diri supaya menjadi org yg muqarrabin (org yg dekat dgn Allah) iaitu org yg dapat menahan diri
   dpd menurut keinginan nafsu keduniaan.
k) Puasa itu menginsafkan diri bhw kita ini adalah hamba Allah yg lemah disisiNYA.
l) Puasa itu menjaga diri supaya tidak jatuh ke dalam jurang dosa dan maksiat.
m) Puasa memperkuatkan fikiran dan memperkuat penglihatan mata hati (basirah).

Sekian untuk kali ini..semoga Ramadhan kali ini membentuk kita menjadi insan yg lebih baik dari yg dulu..Amin Ya Rabbal'Alamin...


Friday, August 6, 2010

Cerita Tentang Lelaki

Anybody who watched this story at TV1 dis afternoon? I guess, if u guys did, it gave us a lot of lesson to be learned..kisah seorang motivator perkahwinan yg sukses dr segi karier namun diuji dgn kecurangan suami n kedangkalan pengalaman seorang anak gadis utk memahami erti pernikahan di antara ibu dan ayahnya..tgok dgn hubby yg lastly tertido kroh2 (n kauthar yg asyik tarik perhatian suh main dgn dia..sian anak umi!).

Tp, pengorbanan seorang isteri dibalas dgn kecurangan jua disaat2 si isteri mulai mempercayai sang suaminya tlah benar2 berubah! Mujur, si permata hati mengerti apa yg berlaku antara si ibu yg kecewa dan si ayah yg penuh pura2..uish! So, isteri2, belajarlah kita utk menyayangi seikhlas hati namun jgn lupa berdoa kpdNya supaya dijauhkan musibah..at least, jika berlaku jua, itu di luar upaya kita dan mohon padaNya supaya kita diberi kebijaksanaan, ketabahan dan kekuatan tuk menghadapinya..insyaAllah

My hafiizhi, i do love you so much..juz take care of u'rself, dun be nakal2 otem? N, dun u ever forget Allah SWT, our beloved princess n me u'r wify.. no matter what babe..!

Sebagai Permulannya...

Assalamu'alaikum WBT dan salam sejahtera...
Alhamdulillah, akhirnya impian tuk punya blog sendiri terlaksana jua di usia 30 kini.. :-)
Tiada yg lain, hanya cuma mencari sesuatu tuk kepuasan diri..plus, i love writing so much!
May Allah SWT grant me a lot of useful n interesting ideas to write n share..i strongly believe dat "sharing is caring".
"Ilmu tanpa amal tiada berguna, aku tanpa pena tiada bermakna.."
It's juz a point of view from a lady who called herself as a loving wife n mommy..n as a truthful woman who loves her religion n society so much..! Well, it's me, Nuzulnisa Barudin a.k.a Mrs. Hafiizhi a.k.a Kauthar's Mommy..enjoy reading! ;-D